Thanks For Your Support

Saturday, January 3, 2015

Hindari Suasana Kecewa



Biasa kan dengar "Ala.............Kawan saya buat, kakak saya buat, makcik saya buat, jiran saya buat, aweks saya buat, isteri saya buat...bla bla bla bla...tapi tak jadi pun"


Ok la nak share antara tips supaya kita tak turut tersenarai di kalangan mereka yang tak berapa nak menjadi tadi tu... 

HINDARI SUASANA KECEWA!
Suasana kecewa dicipta oleh orang-orang yang kecewa. Orang kecewa akan berkumpul dan akan mewujudkan satu suasana kecewa. Mereka akan bercerita mengenai segala kekecewaan yang telah mereka alami. Jika anda berada di dalam lingkungan orang-orang yang seperti ni, anda juga akan menjadi salah seorang dari orang yang kecewa.

Orang yang kecewa akan melihat segala peluang sebagai sesuatu yang tidak bermakna. Tiada rangsangan dalam diri mereka untuk meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan. “Kejayaan adalah cerita dongeng yang membahayakan. Sedap untuk didengar tetapi tak mungkin boleh diharapkan,” kata mereka.

Anda sudah pasti pernah merasai atau menghadapi kegagalan. Malah ramai daripada mereka yang telah mencipta kejayaan demi kejayaan juga pernah menghadapi kegagalan. Namun begitu, kegagalan bukanlah sesuatu yang harus membuatkan anda merasa malu lebih-lebih lagi kecewa.

Orang yang kecewa ialah orang yang banyak mengeluh daripada berusaha. Menceritakan kegagalan mereka daripada berusaha untuk menebus kegagalan. Cerita-cerita kekecewaan akan terus mewujudkan kekecewaan yang baru pula.

Oleh itu, asing kan je diri dari suasana kekecewaan. Orang yang kecewa ialah orang yang tidak mahu melihat kejayaan dan tidak percaya kejayaan itu boleh dikecapi. Anda bukan orang kecewa, anda mahu berjaya!!! "Anda yakin orang yang hidup pasti akan menghadapi mati tetapi orang yang kecewa sudah mati berkali-kali.”

Buka luas daya pemikiran anda. Sentiasa cari jalan dan usaha yang terbaik agar anda mempunyai peluang yang terbaik untuk mencipta kejayaan.


Untuk keterangan lanjut mengenai cara berkesan jana pendapatan bersama TOP LEADERS CIRCLE boleh segera hubungi sal:


Salleha Roslan

No comments:

Post a Comment