Thanks For Your Support

Wednesday, November 26, 2014

Genius Aulad little ihtifal 2014 Saujana Utama

16 November. Sunday.
Genius Aulad Little Ihtifal 2014
and
Premium Beautiful Appointement at Setia Alam.


Huhhh..sebab terlalu banyak aktiviti dan tak terkejar nak up todate entry blog, so sal kena dah tulis tarikh kat atas entry blog ni. Dah jadi macam diary la pulak kan. Tapi memang pun blog ni ibarat diari yang meceritakan kisah-kisah life kita. But mesti ada batas nye la dalam nak bercerita. And my intention update blog pun memang antara tujuan nye, biar satu masa nanti kisah-kisah dalam blog ni akan jadi pengubat rindu buat anak cucu cicit.


Seawal jam 7.30 pagi dah gegarkan triple D untuk bangun mandi dan bersiap nak ke Wisma PKPS Shah Alam. PKPS ni PKNS ke?
Bukan.
PKPS ni bangunan baru di mana lokasi nye adalah di hadapan Hotel Grand Blue Wave Shah Alam.

Perlu ke sal bagi tau mana lokasi PKPS Shah Alam ni?
Perlu.
sebab ramai je readers yang suka google "lokasi PKPS Shah Alam"
so sikit sebanyak dapat lah sal membantu memberi info landmark yang mudah di cari oleh uol yang tercari-cari lokasi PKPS ni melalui waze atau sebagainye. So just ingat yang PKPS ni bukan PKNS. Lokasi PKPS memang betuk-betul di hadapan Hotel Grand Blue Wave Shah Alam.


Tema kami sekeluarga hari ni adalah "HITAM PUTIH KEHIDUPAN"
Muhammad Danish Shafiq je terkeluar tema. Sebab nye mama tak kuasa nak korek bakul baju yang tak berlipat tu untuk cari baju hitam putih beliau. Hahahaa so kita pakai je la apa yang ada jelas depan mata ye Danish.

Danisha memang kena pakai baju putih n seluar hitam sebab kejap lagi danisha ada show. Danisha kena jadi butterfly..huhuuu so cute la u rama-rama ;)


Sampai-sampai dewan dah penuh.
hukhukk..kena duduk belakang. Ingatkan kami la manusia terawal yang sampai ke little ihtifal Genius Aulad gabungan Shah Alam seksyen 23 dan Genius Aulad Saujana Utama ni.

Dengan pasrah nye berjalan la kami sekeluarga ke belakang.
Tapi siap lah..jap lagi show mula jom kita ke depan stage ;D


Masa turn Danisha buat performance je mama, kakak Damia n Danish duduk depan stage.

Tak boleh duduk lama-lama sebab Muhammad Danish Shafiq sangat excited nak panjat tangga stage n join the performance.


After selesai Danisha punya performance terus serbu kat sini untuk amik gambar Damia Danisha n Danish.
Alhamdulillah que tak berapa panjang coz student 6 years masih ada program di dalam dewan. so jom amik peluang rakam kan kenangan mereka di era pre school ni. Sekeping gambar RM15 and satu CD Video performance student Genius Aulad RM15 jugak. so mama sign up for two photos and one CD. Hopefully CD ni nanti Danish tak asah kat lantai rumah. 


Nampak tak???
Keaktifan Muhammad danish Shafiq yang berusia setahun 7 bulan ni sukar di kawal. Siap interframe dalam family portrait orang lagi...hahahahah..ya Allah maaf kan saya ye wahai tuan empunya gambar. And sorry pada owner photoshoot ni coz sempat lagi Danish hampir nak runtuhkan backdrop kat blakang tu.



Sekarang turn Damia n Danisha.
Actually Danish tak tersenarai pun untuk mama shoot dia skali dalam photoshoot ni. Tapi boleh pulak dia berlari laju-laju and duduk sebelah kakak. Dan mata dia, nampak tak? dia cari bahan untuk "mengemas"


Hahahaha part ni memang tak tahan gelak.
Dia bosan kot tengok Damia n Danisha pose tegak macam tu je so Danish pun influence kakak-kakak dia untuk buat pose peace macam tu. ;D


Second picture.
Our Family Portrait.


Mula gosok-gosok mata dah.


Gigit Baju.


Masuk jari dalam mulut pun ye jugak..hahahaha..BTW thanks to kakak yang tolong snap kan gambar-gambar ni ye sepanjang little ihtifal Genius Aulad 2014 ni. Next year have another year for Danisha coz next year Danisha grade for her 6 years.


After that........
Aktiviti wajib....
fitting Premium Beautiful Corset....


OOTD hari ni macam biasa la...i love Zawara dress becoz material dia is material yang sesuai untuk ibu anak tiga macam sal ni. Fabric dia tak mudah tercarik dan senang gosok (senang la sebab anta kat dobi je suh gosok!)


Lega...
Muhammad Danish Shafiq bangun lepas semuanye selesai ;)
so no interruption at all sepanjang sesi perkongsian.


WHY PREMIUM BEAUTIFUL?


Sebab premium beautiful di reka khas dengan 360 darjah keanjalan yang membolehkan kita bergerak bebas tanpa sekatan. 

Fabric Premium Beautiful pula ada serapan air yang cepat mengeringkan dan yang pasti ia menggunakan fabric yang ada aliran udara keluar masuk yang baik.

Tau tak baju penyelam dasar laut dan angkawasan tu actually adalah dari fabric yang sama yang terdapat pada premium beautiful corset?
 Maknanya kain premium beautiful ni ringan, anti bau, anti peluh, tinggi daya serapan, dan walau color nya hitam pekat tapi ianya bukan lah corset yang membuatkan anda akan rasa panas tak selesa sepanjang hari.



My 007 :D
Shopping for winter...let it gooooooo!!!

#Austria #Hungary


Yang kecik kecik ni pun nak jugak shopping.


Pandai Danisha pakaikan Muhammad Blazer ni.


Haaaa sudah Muhammad Danish Shafiq Suruh beli dah pulak...hahaha!





Bila mama nak shopping ayah mesti akan kata "beringat sikit.." 
Sedihhhh!!! Hahahaah.

Tapi bila ayah nak shopping barang anak-anak dia akan kata "ni reward untuk anak-anak...sesekali berabis untuk beli baju baru diorang tak apa la" 
Ok fine..huhuhuu.


Lepas tu tunaikan hajat triple D nak main giant bubble kat padang depan Setia Alam Mall ni. Masa ni ramai student UITM yang berphotoshoot sempena convocation mereka. TAHNIAH adik-adik semua...semoga kejayaan anda berterusan sampai bila-bila. Kak sal happy sangat tengok gelagat uol yang berjaya tamatkan pengajian masing-masing. Terpancar wajah penuh kegembiraan selepas bertahun berhempas pulas untuk dapatkan result cemerlang dalam peperiksaan.



After salin kan Damia n Danisha pakai baju yang baru di beli kat H&M Tadi, terus dinner sekali la kat sini before balik rumah. '
Ya Allah...cabaran mengusung tiga badan extra sepanjang hari memang menghiburkan, mendebarkan, menguji kesabaran dan paling utama Alhamdulillah penuh kesyukuran sebab nye, sebab anak-anak sentiasa ada depan mata. Tipu la bila kata tak kusut langsung. Memang ada saat-saat diorang berebut barang tu mama ayah akan kusut. Tapi kat sini la kesabaran kita di uji sama ada kita ni bersyukur atau kufur dengan ujian "anak" yang Allah berikan ni.

Anak makin besar, makin besar jugak la permintaan mereka. Tak tunaikan tak sampai hati.. Bila tunaikan pulak kita yang perlu berusaha gigih lagi sekuat hati.

In shaa Allah, antara tips nak luas rezeki, happy kan orang lain especially family terdekat kita. Lagi banyak kita happykan orang lain, lagi banyak rezeki yang akan kita perolehi.


Untuk anda yang tercaricari PREMIUM BEAUTIFUL CORSET, or tercari-cari peluang untuk jana pendapatan bersama TOP LEADERS CIRCLE, boleh je tanpa segan silu contact sal direct di talian:

#PremiumBeautifulExpert
SALLEHA ROSLAN
011-1631 1641

No comments:

Post a Comment