Bezakan kami dulu dan sekarang.
2012 lain gaya nya,
dan 2014 Alhamdulillah makin berbeza pula gaya nya.
Sal share gambar ni untuk beri gambaran yang permulaan kita nak berubah ni memang perlukan masa. Kejayaan tak hadir sekelip mata. Tapi sekiranya anda lakukan tindakan yang konsisten, in shaa Allh confirm dalam masa dua hingga tiga tahun sahaja kejayaan yang lebih baik dari semalam anda akan perolehi.
Jangan expect hari ni kita mula berniaga, esok lusa dah boleh kaya berjaya seperti usahawan sedia ada. Kerana, semua yang berjaya hari ni adalah mereka yang dah kebal melalui proses dugaan dan kritikan ;)
Buat anda yang baru bermula, please.....................
Teruskan usaha.
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Semua orang impikan kejayaan dan kebahagiaan.
Tapi sayang sangat bila tak semua orang sanggup bayar dengan nilai pengorbanan yang sementara.
Mengikut kajian,
hanya 10% sahaja yang berjaya dalam mencapai impian mereka. Kerana mereka yang 10% ni adalah mereka yang lepas saringan ujian dan dugaan bertubi-tubi sebelum mereka berdiri di puncak.
Jeles kan tengok orang lain makin berjaya dan bahagia sedangkan kita pun berhak untuk berjaya.
Tu la perasaan sal di awal permulaan dulu. Sal GERAM tengok orang lain sentiasa berusaha untuk berjaya. Sal sakit hati tengok kejayaan orang lain. Sal sedih sebab kenapa dia boleh buat dan kenapa sal tak nak mula buat.
ALHAMDULILLAH doa untuk berubah ke arah yang lebih baik Allah makbulkan melalui peluang bisnez ni. Rezeki tak datang dalam bentuk wang, rezeki biasanya datang dalam bentuk peluang. Peluang biasanya datang dalam keadaan yang tak di jangka dan hadir biasa nya hanya sekali sepanjang hayat kita masih terbuka mata ;)
Dari zero, dari bertatih, dari merangkak, dari belajar berjalan jatuh berjalan jatuh dan ada masa rasa seperti tak nak bangun pun ada. Tapi tak tahu kenapa Allah bangkitkan rasa semangat setiap kali rasa rebah dan hati berdarah. Sukar untuk sal say NO pada perjuagan bisnez ni walau berdepan dengan pelbagai karenah manusia yang ada kalanya menjatuhkan air muka.
Pelbagai manusia keluar dan masuk dalam kehidupan seharian sal sepanjang melibatkan diri dalam perjuangan jihad ekonomi ni. Tapi dengan kuasa Allah dan ada nya insan-insan kental bersama sal, Alhamdulillah segala kelemahan dapat diperbaiki.
Tanya la sesiapa pun yang dah berjaya hari ni, pengalaman yang hampir sama mereka lalui untuk sampai ke puncak jaya. Tak kira la jenis business apa pun yang diceburi, asalkan ianya adalah "business" maka dugaan dari sekecil-kecil dugaan hingga ke sebesar-besar dugaan pasti ada.
Jadi buat anda yang membaca,
Kenapa perlu focus pada mereka yang tak siapkan kerja mereka?
Kenapa perlu percaya kata-kata kritikan mereka yang tak menyudahan tugasan mereka?
Kan lebih baik bila kita sentiasa Yakin dengan rezeki Allah dari terlalu yakin dengan kata-kata orang lain tentang kegagalan. Mereka yang tak yakin dengan diri sendiri adalah mereka yang tak yakin dengan REZEKI ALLAH! Remember that!
Tak de SECRET RECIPE pun untuk berjaya.
Dan kejayaan sal baru sahaja bermula.
Alhamdulillah.
Jadi jom sama-sama kita teruskan perjuangan.
Alang-alang buat biar buat sampai habis.
Biar buat dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri.
Kemahuan Merubah Kejayaan.
Jangan tunggu waktu yang tepat untuk lakukan sesuatu,
Kerana waktu tidak akan pernah tepat bagi mereka yang menunggu!
Untuk sebarang tips perniagaan, boleh hubungi sal melalui whatsaap,
In shaa Allah sal akan kongsikan antara tips-tips dari pengalaman sal bermula dari zero hingga ke hari ni.
#MasterTrainer
#TopLeadersCircle
Salleha Roslan
011-1631 1641
No comments:
Post a Comment