Thanks For Your Support

Sunday, July 27, 2014

Ramadhan Terakhir untuk 2014

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita untuk tahun 2014.
Semoga kehadiran Ramadhan tahun ni banyak memberi perubahan positif pada kita semua.
Yang pastinya, kehadiran Ramadhan pasti akan di rindui. Tak terasa langsung 30 Hari menahan lapar dan dahaga bakal berakhir begitu saja.
Semoga kita dapat bawa bekalan Ramadhan sepanjang tahun.


Bekalan sepanjang tahun
Namun, kita bukan mahu hanya hebat beribadah pada roh bulan Ramadan yang hebat. Kita mahu membawa tarbiyah dari bulan Ramadan untuk tetap dijadikan bekalan pada bulan-bulan mendatang.
Jika pada bulan Ramadan sedayanya belajar untuk tidak mengumpat maka begitu juga yang akan diusahakan selepas Ramadan.
Jika pada bulan Ramadan sedayanya belajar menggagahkan diri untuk bangun malam maka begitu juga yang akan diusahakan selepas Ramadan.
Jika pada bulan Ramadan sedayanya cuba mengkhatamkan Al-Quran maka begitu juga yang akan diusahakan malah lebih baik lagi bersama tadabbur.
Kita mahu Ramadan hebat begitu maka pada bulan-bulan selepasnya juga begitu. Kita bukan mahu roh ibadah pada bulan Ramadan sahaja tetapi kita juga mahu roh ibadah itu pada bulan-bulan selepasnya. Ibadah, kebaikan, akhlak bukan hanya pada bulan Ramadan tetapi mesti diusahakan terlaksana hari-hari jua.
Wahai hamba, bawalah roh Ramadan itu hari-hari. Kerana kita bukan hamba Ramadan tetapi hari-hari kita merupakan hamba Ilahi!



1 comment: