Thanks For Your Support

Thursday, July 10, 2014

Pray for Gaza


Tak sampai hati nak tengok gambar-gambar pembunuhan kejam yang berlaku di Palestine. Sedih...Geram!

Ada juga yang tertanya-tanya KENAPA bumi Gaza, Palestine ni perlu dipertahankan:

Antara jawapan nye adalah:

Palestin perlu dipertahankan umat Islam seluruh dunia kerana

 Palestin menempatkan Masjidil Aqsa di mana ia merupakan tempat yang dijadikan kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Masjidil Haram
Masjidil Aqsa juga merupakan tempat persinggahan baginda Rasulullah SAW dalam peristiwa Israk Mikraj sebelum diMikraj untuk bertemu Allah dan menerima kewajipan menunaikan solat.



Di Palestin terdapat Baitul Maqdis yang merupakan qiblat pertama umat islam



Baitul Maqdis merupakan tempat Israk Nabi SAW sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha

Baitul Maqdis merupakan masjid ke-3 tersuci dalam Islam.

Palestin merupakan bumi suci yang lahirnya ramai para Nabi dan rasul.

Bumi Palestin merukan BUMI TERAKHIR umat Islam untuk BERJIHAD.


InsyaaAllah walau tak mampu untuk pergi ke palestine dan mengangkat senjata untuk mempertahankan kesucian agama islam, namun kita teruskan lagi semangat menderma dan amalan menjemput rezeki dengan menghulurkan bantuan kepada saudara kita di Gaza, Palestin. 

Kepada sesiapa yang nak menderma boleh jugak SMS to Aman Palestin, its very simple. Seringgit pun boleh.

Just type PALESTIN 10/5/1 and send sms to 39111. 

All capital letter.



Pray for Gaza.

HEBAT nya mereka di uji.
Hebat nye mereka mempertahankan kesucian islam.
Hebat nye mereka membela keagungan islam.
Ya ALLAH terasa kerdil dan tak bersyukur pula bila kita di Malaysia ni yang hidup secara aman damai mewah makan berbelanja tapi mudah merasa putus asa setiap kali datang ujian demi ujian yang tak seberapa.

Ujian mereka di Gaza Palestine kalau di renungkan sepenuh hati, Masya'Allah!!!!
Tak tertanggung oleh kita yang sangat dimanjakan di bumi Malaysia.
Mereka di Gaza masih boleh solat walau serangan bom bila- bila masa boleh menimpa mereka.
Mereka masih berdiri kuat untuk mempertahankan tanah air mereka.

Sedangkan kita?
Bilaa di uji sikit dah rasa dunia gelap gelita.
Sedangkan ujian tu adalah rahmat Allah yang sayangkan kita dan inginkan kita sentiasa mengingatiNya.

Semoga bumi Gaza kembali reda.
Kita juga tidak boleh sama sekali berputus asa berjuang untuk Palestin. Umat Islam seluruhnya mesti kuat dan tinggi martabatnya seperti ditegaskan al-Quran maksudnya:“Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan jangan kamu berduka cita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran: 139) 




No comments:

Post a Comment