Thanks For Your Support

Tuesday, May 20, 2014

Modvier bangsar

Ni la masalah nye kalau terajin scroll instagram.
Selalu nye sal jenis tak berapa nak scroll sangat instagram sebab IG ni selalu buat phone cepat susut bateri..huhuu..Tapi ntah macam mana kan malam tadi teringin sangat nak belek-belek carpet instagram tu so ternampak la skirt KREE yang kembang cantikkkk sangat tu. Then kat situ nampak pulak nama @modvier


Terus la visit page instagram modvier tu.

Sebelum ni pernah dengar je. Sebab sal bukan jenis yang ikut sangat perkembangan fashion semasa.
Memang tak follow fashion. Kalau beli apa-apa pun memang beli ikut suka je...asal nampak cantik kat mata n tak mendatangkan pembaziran melampau memang sal akan beli je. Nak beli yang RM500 above memang sal hanya akan beli untuk event besar business je.

Coz for me nilai 500 tu sangat besar jumlah dia.

Sal pernah merasa tak punye sepuluh sen pun dalam dompet.
So bila dah mula pegang 5 angka sal memang sentiasa beringat and selalu sabarkan diri untuk tak berbelanja melampui batas. Kena kenang sejarah pahit masa sehari hanya berbelanja rm5 je untuk makan pagi, tengahari dan malam ;')

Alhamdulillah Hikmah di sebalik kesusahan yang Allah bagi di awal waktu mengenal dunia dulu membuatkan sal jadi matang untuk berfikir ke arah yang lebih positif. Pernah dua tahun sal tak pernah beli sebarang baju, kasut dan handbag pun sebab kekangan kewangan yang memang sangat kritikal. Semua adalah sebab tuaian diri sendiri masa bujang dulu. Sebab tu la kahwin muda ni sangat la terbaik bila kita akan dapat tarbiyah awal di sebalik dugaan menempuh alam perkawinan especially 5 tahun pertama kahwin.


Bila kawin n ada rezeki dapat anak, baru kita saling buka mata bila mana kita bukan hanya ada diri sendiri untuk hidup, tapi kita ada anak isteri suami untuk saling lengkap melengkapi.

Jangan TIPU DIRI dengan kata "DUIT BUKAN SEGALA-GALANYE" TIPUUUUU!!!!!

Duit memang tak boleh beli kebahgiaan tapi dengan duit kita boleh membahagiakan orang-orang terdekat kita.

Nak beli susu pampers anak tak pakai duit ke?
Walau uol breastfeed sekali pun, tak perlu duit ke untuk beli perkakas nak simpan stok susu tu?

Nak belikan baju anak-anak tak perlu duit ke?

Ke suka je beli baju bundle.
Sebab sal pun seorang ibu...
memang naluri ibu nak yang terbaik untuk anak-anak nye.
Kalau boleh tentu nak bagi brand yang terbaik untuk anak.
Nak dapatkan yang terbaik memang perlu ada duit.
Melainkan memang kita pandai buat baju sendiri.

Nak hantar anak g kindergaten tak perlu duit ke? 

Dah tentu la nak pilih sekolah terbaik untuk anak-anak kan.
Nak yang terbaik tak perlu duit ke?
Dah tentulah yang terbaik perlukan bayaran yang agak tinggi nilai nye.

Nak anak pandai ilmu agama tak perlu duit ke?

Setahu sal kebanyakkan sekolah tahfiz, pusat iqra dan islamic school sekarang ni memang kos pembelajaran dia agak tinggi kan...jadi semua tu tak perlukan duit ke?
Ke kita dah cukup bijak pandai untuk jadi mentor dalam mendidik anak-anak kita.


Ok enufff...

Nak sebut satu persatu kang habis 100,000 patah perkataan sal taip kat entry ni pulak. Kesimpulan nye, nak yang terbaik memang kena usaha kan yang terbaik walaupun kita akan hadapi dugaan yang kurang baik ;)

Before appoiment jom reward diri sendiri jap. Cari dress yang berkenan di mata ;)

Let's go to modvier bangsar!!!!

Fuhhhhh...kalau search lokasi modvier ni guna waze sekali pun memang tak dapat search yang tepat untuk ke lokasi modvier ni melainkan ada someone yang share location dari butik modvier tu. Kalau just search location dengan tulis alamat modvier no 7 jalan riong off jalan maarof memang payah nak jumpa. sebab dalam waze hanya ada jalan riong of jalan bangsar. 

So kalau uol nak cari location modvier ni boleh search landmark dia iaitu petronas station jalan maarof..memang sebelah(belakang) petronas. Tempat dia memang macam lot bungalow tapi modvier bukan kat tepi jalan. Dia ke dalam sikit once kita nampak petronas.



Alhamdulillah dalam hujan  renyai-renyai cari jalan untuk jejak kaki ke modvier ni akhirnye sampai jugak.
Sampai-sampai je buka pintu terus nampak skirt KREE!!!!!
huwaaaaa meroyan jap bila banyak tinggal size L XL XXL.


Zawara dress pun sama.
Banyak pilihan tapi size XS or S size dah tak de..so sedihhhhhhh 
nak nangis rasa bila hampir ke semua brand yang ada kat butik modvier bangsar ni kekurangan size Small.
Hmmm...nampak nye macam ramai je orang-orang slim dah beli dulu dress cantik-cantik kat sini kan. 
Harga dress muslimah n shawl cecantik yang ada kat sini memang harga mampu milik.


Sequin dress from yuna zarai.
Macam nak tapi sebab berat n terlalu membalut badan so tak jadi la amik.
Memang cantik n harga dia pun tak silap sal RM459 je.

Jubah neelofa pun sal berkenan jugak.
RM229
Dress neelofa ni unik sket sebab material dia memang tebal tapi sedap bila pakai.
color dia pulak just black n white n untuk orang yang nak nampak slim macam tak beerapa ok kot sebab corak jalur dia melintang.



Lama sangat mama dalam butik modvier ni sampaikan muhammad n danisha yang tertido dalam kereta tadi pun dah bangun. so apa lagi, memang diorang request nak turun la.
Pandai kan muhammad danish shafiq belek shawl ;)




Tak beli banyak pun.
cukup satu dua dress dulu ;)
Sebab nanti ada alasan lagi untuk en hubby bawa sal ke sini.


Dari modvier teruus ke the curve.
Nak lunch dulu. Perut dah bergendang berirama semua ada coz jam pun dah menunjukkan pukul 2.
Tempat pilihan jalan-jalan cari makan hari ahad ni adalah di WARUNG LEKO curve. Memang tempat favret sal n husband untuk makan malam biasanye kat warung leko ni. Boleh dikatakan everyweek memang perut kami akan terisi dengan ikan dan daging dari warung leko. Tapi selalu nye sal pilih warung leko di TSB sungai buloh sebab service dia sepantas kilat.

Sambil tunggu nasi sampai sal penuhi permintaan damia n danisha yang nak repeat makan dip and dip ni.
Last time makan macam tak cukup je kan. so kali ni bagi diorg makan puas-puas.
Actually tak kenyang pun kalau just makan chocolate dip n dip ni je.
Mesti nak kena ada nasi jugak baru boleh kenyang.


Apa pun, coklat dip n dip ni memang terbaik...!!!
Jangan la time puasa nanti ada yang update di siang hari gambar coklat sedap ni pulak kan.








Ok ikan talapia goreng indonesian authentic dari warung leko ni dah sampai.
Selain ikan talapia ni sal order lauk yang biasa kami makan anak-beranak...cah kangkung n iga masak cabe ijo ;)

Harga makan 3 jenis lauk untuk dua orang memang not bad.
sebab tu untuk yang tak sempat nak masak n prefer kedai yang bersih boleh lunch or dinner di warung leko ;)







No comments:

Post a Comment