Thanks For Your Support

Thursday, May 15, 2014

Minggu yang havoc bersama team HBO & Top Leaders Circle

Nak summary kan je dulu kisah havoc nak pengsan seminggu lepas closing shanghai ni. Ingatkan nak la jugak duduk golek-golek depan tv ke, pergi hanimun saje-saje ke...tapi tak boleh la...bukan tak boleh sebab ada sesiapa halang pun tapi sebab diri sendiri dah rasa janggal untuk buat perkara lagha yang biasa di buat dua tahun lepas.

Nak tengok tv memang tak de feel.
Yang penuh feel skarang adalah feel macam mana nak tambah saving anak-anak, nak konsisten bagi parents duit belanja bulanan, nak besarkan bajet untuk umrah dan setting bajet untuk downpayment kereta impian.


Nak buat kisah perjalanan seminggu in detail memang tak pasti bila ada kelapangan.
Masa amat mencemburui kita.
Yang melawan arus malas, suka bergolek-golek depan tv, suka bergeser-geser dengan yang tersayang memang hanya perlu urut dada sahaja bila tengok orang lain makin ke depan. Tak perlu mencemburui usaha tindakan mereka, kerana kejayaan mereka hasil DOA dan USAHA mereka serta izin dari Allah. 

Pengorbanan mereka bukan cukup dengan sekali buat dan terus jadi.
Tapi pengorbanan yang confirm menyentuh hati.
Sal pasti semua yang ada nama dalam dunia kejayaan masing-masing ada kisah pahit manis yang mereka lalui untuk capai segala impian yang diimpikan oleh manusia biasa.

Manusia tak normal je yang tak de impian.
Manusia tak normal je yang tak peduli kejayaan.




RABU


Ni projek hari rabu malam.
Lepas kerja terus shot ke batu cave untuk dapatkan tempat depan dalam kelas. I love hbo team kelolaan CDM hebat iaitu cdm kak misah n my own mentor CDM salha zain yang bergabung idea meletopkan projek honey bee. Honey bee project is more to umrah n saving setting untuk persediaan masa hadapan diri sendiri dan anak-anak.



KHAMIS

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati.
Pasti akan mengadap seruan ilahi.
Pasti akan dihitung untung dan rugi nye sepanjang hidup di dunia.

Berita pemegian Allahyarham saudara mohd arif sangat mengejutkan kami sekeluarga. Allahyarham seorang yang sangat baik dan sentiasa menjaga hati sesiapa sahaja diseklilingnye. Beliau pergi meninggalkan kami semua pada khamis 8 may 2014 akibat serangan jantung pada usia awal 40 tahun.

Sal terima berita dari whatsapp group family lepas bersiap-siap kan damia n danisha nak ke sekolah masa tu. Berita di terima jam 2 pagi iaitu 5 minit lepas sal lelapkan mata lepas balik dari majlis ilmu di dolomite.

Sal baca mesej arround 8am lepas hantar damia ke sekolah. Then arround 11 terus amik damia untuk bertolak ke rapat setia ipoh perak untuk menziarahi jenazah buat kali terakhir.

Alhamdulillah perjalanan kami untuk ke masjid dan seterusnye ke tanah perkuburan dipermudahkan Allah. Sesampai di masjid jenazah baru hendak disolatkan selepas solat zuhur. Dan kami mengiringi jenazah hingga ke liang lahad.

semoga roh arwah saudara kami dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan soleh...Amin...

Ya Allah Sesungguhnya MATI itu BENAR! alam kubur itu benar, kebangkitan padang mashyar itu benar, hari perhitungan itu benar, syurga dan neraka itu benar! 




Lepas selesai majlis pengebumian, sal suami dan damia danisha stay di rapat setia hingga maghrib untuk menghadiri majlis ilmu yang dah dirancang oleh cdm kak misah untuk diadakan pada hari khamis di medan gopeng. 

Tak sangka perancangan Allah tu sangat terbaik!
Saal tak plan pun untuk sampai ke utara ni...tapi asbab berita kematian saudara sal maka sampai jugak la sal untuk berjumpa dengan team perak pada hari ni. Ya Allah hanya tuhan yang tahu betapa gembira nye bila tengok muka kesungguhan anak-anak didik yang serius nak berjaya. Mereka datang dari luar ipoh untuk sama-sama serap ilmu dan aura.

Hilang penat bila tengok kesungguhan mereka.
Lagi rasa semangat kita nak beri tunjuk ajar pada mereka yang SERIUS MAHU BERJAYA dan TAK BANYAK ALASAN untuk ke depan!


Jadi emcee untuk malam ni ;)
Bidang terjun..hahaa..seronok sangat nak memberi dan menerima ilmu sesama insan yang positif untuk success.



 Biar pun tak ramai tapi aura mereka sangat GEMPAK untuk projek duit raya gempak!!!





JUMAAT
Jumaat sambung cas energy kat top leaders circle centre pulak!
On another strategy yang memang gempak!!!



SABTU

Sabtu pagi after subuh terus gerak ke paka terengganu untuk roadshow hebat berniaga online bersama warga pahang dan terengganu.
Alhamdulillah sambutan hangat menyengat yang buatkan yang hadir tak boleh duduk diam lepas kena suntikan semangat dan plan mantop untuk buat sales bergabong dan melambong!




AHAD

Family day di Port dickson.
We stay at bayu beach resort PKNS.


Ya Allah bila direnungkan semula, dari mana la datang kekuatan tu untuk sal dan suami gagah bergerak ke sana sini non stop dari isnin sampai ahad setiap hari.

 Alhamdulillah bila kita hantar minda ke arah matlamat yang kita inginkan, Jalan Allah pasti akan terbuka luas untuk mendorong kita ke arah yang kita hajatkan. Sebab tu biasa-biasakan diri sendiri untuk fikir sesuatu yang baik-baik sahaja. PENAT LELAH biar lah ganjarannya Allah yang tentukan. Tugas kita hanya terus buat dan bantu orang lain ke arah satu matlamat sampai jadi.

Alang-alang buat, biar sampai jadi!
Bila sedang penat baik diam kan diri dari menunding jari dan berfikir negetif pada orang lain. Tengah penat ni baik menyendiri....sebab tak pasal-pasal nanti kita akan secara tak sengaja terkongsi masalah kita pada mereka yang tak sepatutnye. Baik berkongsi hanya pada yang HAK! 

Bertabah la wahai diri kerana sampai satu masa mereka sendiri akan mengerti apa yang kita usahakan bilamana ujian yang sama datang menimpa mereka nanti ;)




No comments:

Post a Comment