Thanks For Your Support

Friday, May 30, 2014

Saleha dan Salleha ;)

Huhuu...tetiba ada beberapa tagging malam sabtu lepas tentang siti saleha ni bila cerita tayangan semula lakonan siti saleha dalam luth mahfuz tv3 ditayangkan.


si cantik jelita siti shuhaida la yang mulakan ni...hahaha



Memang sal one of follower siti saleha dari awal lagi sebab damia n danisha selalu cakap "tu mama dalam tv" hahaha...start dari cerita ustaz amirul kot diorg perasan yang mama diorang ni ada iras siti saleha la konon..erkkk ;)





Sekian,
Salleha Roslan bukan siti saleha ;)



Thursday, May 29, 2014

Bbplus Collagen untuk Cantik dan Sihat Sepanjang Masa



#sayapakai baru lah yakin untuk #sayajual ;)


Best sangat ke BBPLUS COLLAGEN ni???
Mau tak best bila:

✔️Terpaksa awet muda
✔️Tindakbalas cepat antara 3-7hari
✔️Menghilangkan sakit lutut
✔️Selamat untuk ibu hamil dan menyusu
✔️Lelaki perempuan boleh minum
✔️Rasa sesedap blackurent 
✔️Senang disediakan
✔️Terbaik untuk masalah sembelit
✔️Harga sangat berbaloi dengan kesan 3R (repair, rebuild n renew)


www.salleharoslan.com



Salleha Roslan
BBplus collagen tegar ;)

011-1631 1641
011-2371 7729
(Whatsapp/ SMS)

Wednesday, May 28, 2014

Sijil KKM sabun marine essence

Tak perlu ragu-ragu untuk memelihara kulit dan mencantikkan semula kulit anda yang bermasalah tu dengan sabun no satu di Malaysia : Sabun Marine Essence atau sabun ketiak.

Kerana:
100% SELAMAT
100% HALAL
dan disahkan oleh kementerian kesihatan Malaysia sebagai produk pengguna yang bersih dan selamat.

Gunakan tanpa was-was kerana bahan-bahan yang terkandung dalam sabun marine essence hanyalah bahan-bahan semulajadi dan selamat dari bahan-bahan kimia yang memudaratkan.


Sabun marine essence boleh didapati dalam bentuk ketul atau pun cecair dalam botol.


Rujuk gambarajah ni untuk mengetahui bahan-bahan yang terkandung dalam sabun marine essence yang sangat wangi dan membantu merawat banyak masalah kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis.


Ni pula nombor rujukan kementerian kesihatan Malaysia untuk sabun ketiak yang hot di pasaran..gunakan tanpa was-was dan in shaa Allah sangat membantu menyelesaikan masalah kulit anda.

KLIK SINI untuk senarai pengedar seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak jugak untuk testimoni dan contoh-contoh masalah yang dapat diselesaikan dengan sabun marine essence.


Untuk tempahan segera boleh hubungi no ni :

011-1631 1641
011-2372 7729
(Whatsapp/SMS)
COD area sungai buloh dan Damansara

Apa itu premium beautiful


Apa itu premium beautiful?

Premium Beautiful adalah corset pembentukan badan.
Ianya merupakan pakaian dalam wanita yang terdiri daripada :

Long Bra or Short Bra
Waist Nipper
Long Girdle


Keistimewaan Utama Premium Beautiful Corset

Mempunyai teknologi FAR INFRARED RAYS yang di sulam pada setiap bebenang premium beautiful. Jadi ianya lebih tahan lama dari FIR yang hanya dilekatkan pada fabric corset biasa.

The only corset yang dapat pengiktirafan SUPERBRAND.
Superbrand haanya akan diperolehi oleh sesuai product atau service yang high quality dan high quantity.

Diiktiraf PAKAR TULANG DUNIA sebagai rawatan alternatif terbaik untuk sesiapa yaang mempunyai masalah tulang seperti slip disc dan bongkok.

ONE STOP CENTRE di mana ianya di reka khas sebagai pakaian dalam yang memberi 30% kecantikan 70% kesihatan dan memberikan 100%  keyakinan dan keselamatan pada pemakai.

Mampu dimiliki oleh semua orang yang bercita-cita untuk mempunyai bentuk badan yang kemas dan cantik.

Mempunyai jaminan BAIK PULIH seumur hidup iaitu selagi corset tersebut tidak hilang separuh kain ataupun hanya koyak sedikit, hook tercabut, tali putus atau pun tetulang corset patah, ianya boleh di hantar service secara PERCUMA dan NO HIDDEN CHARGE.

Mempunyai kuasa regangan 360 darjah di mana bila pakai premium beautiful corset, pergerakkan kita tak mungkin seperti robot ataupun kayu ;)
kerana dengan kuasa regangan ni kita masih boleh selesa untuk buat pergerakan seperti solat, bersenam dan sebagainye.

Premium beautiful ni buatan mana?
Buaatan Malaysia dear ;)
Dengan menggunakan teknologi tiga buah negara maju iaitu US, GERMAN dan JEPUN, maka terhasillah premium beautiful corset yang sangat selesa dipakai dan memberi kesan sihat dan cantik berpanjangan.



BAGAIMANA FIR BERFUNGSI?
FIR menembusi kulit dan sel ->
 Tindak balas resonan terhadap molekul air -> 
molekul bergetar lebih kuat -> 
lebih banyak tenaga digunakan ->
 lebih haba dihasilkan -> 
saluran darah mengembang -> 
peredaran drah lebih lancar -> 
penghantaran nutrien dan pembuangan toksid lebih efisien -> 
sel sel lebih aktif ->
 badan segar, cergas dan ceria. 

Nampak kan betapa penting nye pengaliran darah yang baik untuk tubuh badan kita. Jangan kata kereta, badan kita ni pun perlu aliran darah yang baik supaya tidak ada geseran dan sekatan yang akan membuatkan enjin badan jadi jem.


KEISTIMEWAAN FIR
Membetulkan semula aliran darah dalam badan.
Tingkatkan metabolisme. 
Memulihkan sistem pernafasan.
Membantu membersihkan toksin dari badan.
Mengekalkan kesegaran badan especially untuk sesiapa yang mempunyai masalah badan berbau.
Menghalang pembiakan sel kanser dalam badan.


Untuk keterangan lanjut mengenai premium beautiful, boleh segera hubungi :


#premiumbeautifulexpert

 Salleha Roslan
011-1631 1641




Tuesday, May 27, 2014

Kerdil nye bila baca kisah israk mikraj Rasulullah S.A.W

Astagfirullahalazim
#muhasabahdirisendiri.
Kisah israk mikraj ni sal baca dan update ke dalam blog ni adalah sebagai peringatan untuk DIRI SENDIRI yang tak pernah berhenti dari melakukan dosa :'(
Terasa kerdil sangat bila baca kisah perjalan Rasulullah sepanjang israk Mikraj. Banyak pengajaran yang diperolehi sepanjang meluangkan masa membaca kisah benar Nabi junjungan kita ni. (Selawat ke atas nabi SAW)

Apakah israk mikraj?
Perjalanan kekasih Allah menemui tuhanNya.













1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : 
Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
Credit to ohislam.com!: Sebarkan artikel ini walau dengan satu ayat. Semoga anda mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukan.


Iktibar dari Israk dan Mikraj: 

Ramai Perempuan Menghuni Neraka


Ramai Perempuan Penghuni Neraka
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah SAW telah melihat pelbagai seksaan ke atas wanita ingkar ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Diriwayatkan Saidina Ali r.a bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan mereka menemui Baginda sedang menangis.

Mengapa Rasulullah menangis ?
Mereka bertanya kepada Baginda SAW:
 “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?”Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”
Rasulullah SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakkan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.:
     1.  Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegakdisebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya.
   2.  Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’(hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
     3.  Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.
     4.  Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api nerakakerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
     5.  Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya; disebabkan ia boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
     6.  Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka; disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.
     7.  Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri. kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.
     8.  Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak; adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
     9.  Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan; disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.
     10. Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.
     11. Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan  kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.
.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)



Semoga kita sentiasa beristighfar, berselawat, dan membanyakkan amalan untuk mendapat redha dan keampunan Allah. ;'(


Allahuakhbar...

Monday, May 26, 2014

Premium Beaautiful Set bersalin terbaik dan kisah JJCM coconut shake original di Klebang Besar

Nak share lagi testimoni terkini premium beautiful penipu ni!
hahaha...tipu dah pb corset ni bila dalam masa dua bulan lepas bersalin je boleh dapat bentuk badan rozita che wan? ada tu siap dapat berat badan sama macam zaman anak dara dulu.

Memang mengejutkan la kan ;)
Tapi tu semua memang tak mustahil pun bila kita biasakan diri untuk pakai premium beautiful dalam pantang secara disiplin. Ala suruh pakai corset yang ada ciri-ciri kesihatan pun.

Jangan risau, tak rimas mana pun.
Mana lagi rimasa? Rimas seminggu dua je ke atau rimas seumur hidup dengan berat badan dan bentuk badan yang luar dari kebiasaan? Kalau pakai premium beautiful dua minggu pertama dalam pantang, memang uol akan :

Kerap berpeluh
Kerap buang angin
Kerap kencing 

Perut gatal-gatal dan hitam (tu hanyalah kesan sementara sahaja kerana toksin badan dan peluh asid sedang disingkirkan) jangan panic! sebab after dua minggu ke sebulan kesan gatal dan hitam di perut tu semua akan hilang dan stretchmark pun makin pudar.


Ni fresh from the oven lagi.
Aisyah ni ibu pada dua hero.
Baru je dua bulan melahirkan cahaya mata kedua.
Tapi just imagine, macam mana aisyah boleh dapat semula bentuk badan asal dia dalam masa yang singkat?

Bersenam (ada masa ke dalam pantang nak bersenam)
Tahan lapa (memang tak la kan sebab aisyah menyusukan baby)
Pakai bengkung? (Boleh jadi)
Pakai param pilis jamu bagai? (Memang tak la kot sebab tak menang tangan nak urus anak sendirian)

So the best solution untuk aisyah amalkan sepanjang tempoh berpantang adalah:
pakai PREMIUM BEAUTIFUL je!
simple kan. ;)


Dari segala sudut jatuh menggelebeh, once amalkan pakai premium beautiful corset, Alhamdulillah bentuk badan lebih pejal dan terletak.





Kenangan 13 April 2014.
Last minute punye plan dengan iynas omar untuk turun ke melaka untuk urusan business.
Drive dari saujana utama ke ayer keroh mengambil masa sejam 40 minit untuk sampai ke MITC.
Kami pergi bertiga termasuk dengan danisha. (my daughter)



Sebelum keluar rumah sempat basuh kasut sekolah damia dulu.
Tak kan nak biarkan dia pakai kasut hitam berdebu pulak kan esok ke sekolah.



Selfie dalam kereta seementara tunggu lampu isyarat hijau.
selfie with monopod. En fendy kat depan kereta sebagai penunjuk arah tu tersengeh je bila nampak aksi lupa daratan kitorg ni dari cermin pandang belakang kereta dia...hahaaa.

Ni dalam perjalanan nak ke rumah aisyah.
Kitorg memang tak tau jalan so en fendy la yang tolong escort sampai ke lokasi sebab kebetulan dia nak hantar mak dia balik melalui jalan yang sama.

Dalam 30 minit perjalanan di dalam panas terik, Alhamdulillah kami sampai ke destinasi. Rumah aisyah betul-betul tepi highway AMJ nak menghala ke muar. Kitorg yang blur-blur ni memang follow habis direction n landmark yang aisyah bagi...nak suruh share location guna waze aisyah tak tahu pulak..so lucky we have en fifie yang hantar kan sampai ke pencawang TNB. Then landmark rumah pulak color "hijau"....part rumah color hijau ni memang la tak boleh tahan..sebab nye hampir semua rumah kat area umah aisyah ni adalah rumah warna hijau..hahahaa..naik pening tanye orang kat situ mana rumah en zazuri..hehehe alhamdulillah memang famous en zazuri kat kawasan ni sampaikan ada sorang adik ni yang kitorang pergi terjah rumah dia hasil silap maklumat tu bawa kitorg ke rumah yang betul...

Hahahaa aisyahhhh!
sila perhatikan rumah aisyah betul-betul before bagi maklumat ye..hahahaaaa.



me with aisyah zazuri yang masih 30 hari dalam pantang.
Nampak sihat bertenaga aisyah walau baru sebulan bersalin. Siap boleh lagi tu dia keluar gi kedai bawa kereta.


Muka kenyang sangat lepas di jamu mee rebus sedap.
Thank you pada aisyah dan mak aisyah sebab sudi jamu kami yang memang dalam kebuluran ni makan mee rebus.


Lepas tu kami singgah kat tempat wajib ni.
COCONUT SHAKE ORIGINAL di KLEBANG MELAKA!
saje je amik gambar harga untuk secawan coconut shake tu untuk reviewkan dalam blog ni.

Harga memang berpatutan la dan kena dengan kesedapan dia.
Tak mual dan memang membuka selera serta penghilang dahaga. Sekali minum macam tak cukup, so kalau uol ke sini untuk order coconut shake original ni pastikan order lebih dari satu. Tak tahu lokasi coconut shake original klebang ni kat mana? waze kan aje...confirm ada. ;)


Muka iynas berseri-seri bila dapat minum segelas coconut shake yang paling famous dan maintain sedap ni. Sambil minum, kitorg makan keropok lekor. Tapi keropok lekor memang tak boleh lawan keropok lekor terengganu la kan ;)


Ada dua tempat tau untuk dapatkan coconut shake klebang ni.
Satu untuk take away, dan satu lagi ada kat dalam untuk duduk minum dan makan kuih muih. Maknanye memang dia asingkan untuk yang nak bungkus dan yang nak makan. yang untuk duduk minum kat dalam tu memang tak boleh bungkus la. Nak bungkus mesti nak kena beratur kat luar di tepi jalan sana.


Happy sangat bila dapat luangkan masa dengan my sayang dyna salleh.
Hahahahahaa dyna kalau baca ni confirm gelak kembang tekak kan sayang..hahahahhaha.

Sepanjang duduk dengan dyna ni habis semua plan dan harapan dia untuk majukan kumpulan dia dia luahkan. Memang salute sangat dengan kepimpinan dyna yang memang ambil berat sangat-sangat pada setiap lapisan rakan kongsi beliau. In shaa ALLAH see u dear di pentas diamond nanti.


Macam biasa, tempat sentiasa penuh dan sesak dengan peminat coconut shake original.


Banyak kan kelapa. So tak yah rebut-rebut untuk dapatkan coconut shake klebang ni ye sebab stock sentiasa ada.


Yeayyyy kami puas hati dengan rasa asli coconut shake di sini.
In shaa Allah confirm akan repeat datang lagi.


Ni kat rumah dyna salleh.
Rasa memang nak culik je kucing-kucing comel gebu en fen ni bawa balik kl. Boleh bagi danish bergurau senda dengan cute cat ni.

Sebenarnye macam lucu je bila dalam satu rumah, boleh hidup satu pasangan yang kontra minat dan hobi. hahahahahhaa...dyna tak suka langsung kucing, but fen suka sangat dengan kucing...hahaha macam mana la uol handle kan situasi kontra ni together.


True friendship comes when the silence between two people is comfortable.

Dont walk behind me, i may not lead...
Dont walk infront of me, i may not follow...
Just walk beside  me, and always be my friends ;)


Sampai-sampai rumah dalam pukul 10 tu sejuk je mata memandang bila baju-baju stok seminggu anak-anak dah siap bergosok oleh en hubby. 

Alhamdulillah rezki sal dapat suami yang sangat ringan tulang dalam membantu uruskan anak-anak dan kerja rumah. Suami yang tak berkira dan sentiasa memahami kehendak isteri dan anak-anak.  

Biasanye memang kami hantar baju-baju untuk di basuh dan di gosok ke dobi je.
Tapi sejak crisis catuan air kat area selangor ni berpanjangan, memang nak tak nak kena la berkorban tenaga untuk basuh dan iron baju kat rumah je. Sebab kalau hantar ke dobi pun akan amik masa yang panjang untuk kami dapat semula baju-baju yang dah di hantar ke dobi.


Tu saje kisah hari ahad 13 April 2014
kisah ke meleka visit aisyah dan kisah jalan-jalan cari makan ke klebang.


Untuk keterangan lanjut mengenai premium beautiful boleh la hubungi sal di:
011-1631 1641