Thanks For Your Support

Sunday, April 6, 2014

Makan nasi minyak di pusat komuniti bukit bandaraya bangsar

Dapat jemputan dari mak sedara belah ayah untuk ke kenduri kawin di pusat komuniti bukit bandaraya bangsar...actually tak tau pun ada kenduri pagi sabtu tu tapi tau-tau je dalam pukul 9 pagi tu ayah call tanye ada buat apa-apa tak hari ni coz ayah nak minta tolong bawa ke kenduri kawin anak mak lang biah di bangsar...memandangkan sabtu pagi memang free so boleh je on terus siap-siapkan triple D damia danisha danish untuk amik tok ayah n cik awai terus ke bangsar.

Sampai-sampai pusat komuniti under DBKL ni sekali lagi rasa macam "e'eh ada ye dewan yang boleh buat majlis kawin kat area bangsar ni" dan tempat dia pun sangat la selesa n cantik untuk uol yang memang tengah survey-survey tempat untuk buat majlis perkahwinan di area kuala lumpur ni sebab lagipun rate dewan DBKL biasanye memang lah sangat berbaloi.


Tudung biru yang pakai spek tu my aunt. Adik perempuan ayah sal.
we call her "cik awai" ;)
and yang pakai spek yang tengah dukung danish tu la ayah sal...en roslan... ;D


#OOTD
Baru la tau ootd tu amenda..hahaa..cian kan tak up to date langsung hashtag2 sal ni tau. Rupanye ootd tu stand for outfit of the day. Ye la kalau sebelum ni just asik amik tau term pb premium beautiful, bb for bbplus collagen, sme sabun marine essence..so bila nampak banyak sangat hashtag ootd tu, tu yang baru tau ootd tu apa.


Cuaca masa ni agak cerah tapi bila kitorg naik kat tennis court ni terus nampak macam mendung je. Tapi tak hujan pun sampai ke petang. Dia just mendung je.


Nampak tak kat belakang tu en roslan aka tokayah dah panggil suruh masuk dewan iring rombongan pihak lelaki...coz sal n family ni side pengantin lelaki.


Rombongan pengantin memang akan duduk kat seat depan la kan..tu yang best tu sebab makanan dah dihidangkan siap-siap atas meja tanpa perlu pergi ke meja buffet.

Bila ada baby below two years ni memang time makan kena gilir-gilir untuk makan. Kalau tak memang salah sorang tak kan dapat makan dengan penuh perasaan atau dalam erti kata lain confirm mama atau ayah baby tu akan makan dalam keadaan terburu-buru or makan sambil telan je...hahahaa..so sama je la kes dengan sal ni ha...everytime pergi makan kat mana-mana mesti nak kena gilir-gilir makan. 

Dan biasanye husband akan suruh sal la yang makan dulu sebab dia tau sal jenis yang jarang makan pagi..Tak makan bukan sebab diet ke apa tapi sebab busy buat kerja rumah n urus anak-anak.


Sekarang turn en husband pulak untuk makan lauk kenduri yang sangat sedap tu. So sal bawa triple D ke luar dewan komuniti ni untuk main playground yang disediakan. Ni salah satu kelebihan la yang ada kat pusat komuniti bukit bandaraya DBKL ni sebab playground ni boleh jadi tumpuan kanak-kanak untuk focus berlari kat luar dari berlari-lari dalam dewan tu.

Danish tercengang tengok muka sendiri nak kena selfie ;)


With my aunty. We call her mak ngah ani ;)
Jarang-jarang sangat jumpak mak ngah yang still gojes ni so once ada peluang jumpa ni jom kita selfie ye mak ngah..hehee..
Mak ngah ni kakak kedua pada ayah sal. Kiranye kenduri kahwin ni adalah kenduri sebelah adik beradik ayah.


 Ni pintu utama keluar masuk ke pusat komuniti DBKL bangsar ni. Tempat parking dia pun ada disediakan kat bawah dewan. n kalau fulll pun still boleh je park kat luar-luar ni.


Ni gambaran dalam dewan.
Luas dan cantik sebab dewan ni adalah dewan baru milik DBKL.


Sal saje je share info tentang dewan komuniti ni coz mana tau ada antara uol yang tengah survey dewan untuk majlis perkahwinan kan. So kalau uol memang tercari-cari lokasi untuk buat majlis kahwin di area kuala lumpur ni boleh la cepat-cepat book dengan DBKL untuk dapatkan tempat yang agak menarik ni...contact DBKL ye bukan contact sal..sal just buat review je.







3 comments: