Thanks For Your Support

Tuesday, March 18, 2014

jumaat sabtu ahad with top leaders circle

Tarik nafas legaaaaaa...phewwwwwwww!!!
Ya Allah Alhamdulillah kerana memudahkan cara dan melancarkan segalanya sepanjang tiga hari berturut-turut ni.

Pada selasa 11 march 2014 bertempat di papa rich sri damansara waktu personal touch dengan kak salha (my mentor) kak salha cakap memandangkan sabtu ni group kami bakal adakan seminar SM/SSM 2014 maka alang-alang tu kami jugak la yang bertugas untuk kelas TLC pada hari jumaat tersebut...

Ya Allah kak salha.........
memang pandai akk buat kejutan lektrik untuk kami kan...berpeluh ketiak masa terima amanat yang group kami perlu bertugas untuk malam tersebut. But alhamdulillah we can control our nervous dengan penuh positif...sekarang memang sal makin yakin yang dengan pengawalan minda yang positif in shaa Allah result juga pasti akan positif.

Lepas habis sesi personal touch dengan mentor, apa lagi...terus whatsapp leaders group bahagikan tugas sebab hari sabtu ada yang dah kena galas tanggungjawab sebagai speaker, so sal select siapa yang tak de tugasan pada hari sabtu tu la better. Yela faham sangat yang speaker memang akan nervous lebih punye sebab tanggungjawab nak bagi orang lain faham akan ilmu yang kita bakal kongsikan tu bukan mudah. Memang berdebar dan tak senang duduk sampaikan tak lalu makan...huwaaaaa...baru je nak maintain berat 55kg tapi bila seminggu ni sibuk buat slide untuk dua hari yang kami bakal bertugas tu maka nafsu makan terhadap makanan mula terhakis..hahahaa(elok la jugak sbb kalau tak menjadi-jadi sal makan)

Alhamdulillah we did it!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Untuk hari jumaat 14/3/2014 sal jadi speaker untuk berkongsi business plan. Mula-mula je debar then after intro n tenung muka rakan kongsi yang hampir separuh class hadir sikit demi sikit perasaan ketar tu terpaksa pergi jauh-jauh

Untuk hari sabtu 14/3/2014 sal bertugas sebagai speaker untuk persediaan sebagai SM/SSM yang mantap dengan ilmu dan semangat yang konsisten.

Untuk hari ahad 16/3/2014 sal perlu menjalankan tugas untuk meraikan semua business partner yang hadir dari serata malaysia untuk sama-sama merasai bahang majlis anugerah SM/SSM 2014



Our group selepas bertugas di top leaders circle centre bersama speaker undangan CDM Hamisah yang sangat cool dan penuh aura sepanjang penyampaian ilmu dari beliau...


Ni la dia tugasan yang CDM abang lan berikan buat kami adik beradik CDP AKB PINK dalam menjayakan seminar SM/SSM sambil dikawal selia oleh my mentor CDM Salha Zain.

Mula-mula je rasa susah nak handle seminar ni sebab ni adalah pengalaman baru buat kami tapi bila sampai hari seminar ni masing-masing meroyan dengan aura yang digabungkan sepanjang seminar SM/SSM ni.


Top leaders circle di majlis anugerah SM/SSM 2014

Gambar penuh kemudian la ye...mata dah naik kuyu pagi ni...almaklumla dan seminggu sarat dengan aktiviti.
In shaa Allah sal akan upload beberapa gambar sepanjang jumaat sabtu dan ahad lepas untuk tatapan anda yang setia mengikuti kisah sal dari mula sampai sekarang (bajet artis la konon) hahaha.

TOP LEADERS CIRCLE WE LOVE YOU!!!



No comments:

Post a Comment