Thanks For Your Support

Monday, March 3, 2014

day 2 at Gold Coast Australia (paradise country, outrigger surfers paradise hotel, shopping)

Hari ni dah hari kedua dengan top leaders circle ke gold coast australia.
Alhamdulillah Singapore Airline yang kami naiki selamat mendarat dengan selamat.

Ada sikit touching bila mendarat kat Brisbane ni sebab sebelum ni tak pernah bermimpi pun nak sampai ke negara orang berkulit putih and berambut perang macam queensland Australia ni. Even bukan negara bersalji pun, tapi once dapat jejakkan kaki kat australia ni pun sal dah mula rasa lain macam feel tu...Kebiasaannye hanya negara asia je yang pernah sal pergi...Tapi kali ni memang sangat berbeza...Agak nye macam mana la gamaknye kalau dapat jejakkan kaki ke eropah pulak nanti kan..In shaa Allah... ;)


Hari kedua still dengan tema kuning. 
Tapi sebab nak balas dendam masa korea trip dulu tak dapat tukar baju masa second day kan, so kali ni sal siap-siap letak baju spare dalam backpack...keluar perut flight je terus salin, cuci muka, gosok gigi bagai n salin baju. Sebab aktiviti lepas ni adalah aktiviti melawat kandang kambing biri-biri...so sebelum kambing tu mengaku kita ni sedara dia better tukar n cuci la apa yang perlu ye ;D


Macam biasa...aktiviti TOP LEADERS CIRCLE menggamatkan lapangan terbang negara orang harus dilakukan...kali ni kita bersorak hip hip horay kat Brisbane International Airport...


Rasa pelik pulak...huhuu...
Pelik sebab mat saleh tolong angkat barang and jadi pemandu kita.


Paling pelik bila fikir macam mana la diorg ni boleh ada kesedaran sivik untuk jaga kebersihan sepanjang jalan di bumi Australia ni. Bukan takat bersih kat kawasan international airport ni...tapi bersih sepanjang jalan sampai la nak ke gold coast sana tu ;)


selfie lah apa lagi ;)
muka pagi-pagi 
#nofilter


Ni la teman baru sal untuk trip dengan top leaders circle ke australia ni.
Cik Inn...come lote dari ganu..hehehe

1st time qualifier...hebat cik inn ni, 1st time terus dapat sampai ke Gold Coast Australia...so memang dia la yang jadi orang paling enjoy untuk trip percuma ni.





Yeahhhh!!!!
 sampai dah ke paradise country...kira-kira 15minit perjalanan dari Brisbane Airport untuk farm ni. Excited okayhhh bila nampak kambing biri-biri kat negara omputih...hahaha...




Best tau sentiasa dapat peluang untuk melompat, berjoget n berlari-lari dengan mentor kat sini. CDM kak salha memang 360 darjah berbeza bila dia pergi melancong. Kat sini semua bertukar jadi budak 15 tahun...hahahahaa..






Ya Allah....!!!!!
Tak tau nak cakap macam mana punye sedap la kan fish and chip kat paradise country ni...
fish dia memang segar...limpahan sos dia pulak memang buatkan kita nak menambah makan 4-5 kali.



Berebut semua nak bergambar dengan top mentor CDM abg lan..


Waktu untuk tengok show kuda.


Horse sekor ni memang noty tau. Asik nak kiss orang je...





with CDM Izyan Liyana.
Saje asik mengendeng dengan izyan kat sini sebab nak amik aura CDM tu banyak-banyak lagi.




Tak boleh lepaskan peluang berborak n bergambar dengan CDM multimillionaire sorang ni...CDM Azlan Deraman


With CDM yang segar lagi dari oven...
CDM Nur...dia kan bila melatah suka sebut kuda melintang...tapi nasib baik la kat sini dia tak pulak melatah sebut kuda kan ;)




souvenirs kat gold coast ni memang dikenali dengan cost yang agak mahal sedikit la...memang kalau fridge magnet tu pun paling murah boleh dapat adalah dalam rm11 duit kita...tu pun yang biasa-biasa je..kalau fridge magnet yang besi-besi tu mau more than RM15


Amik mode peluk koala palsu dulu. Jap lagi ada sesi nak peluk koala hidup..ngeeee..tak sabar!!!!!


Muka legend pegang kangaroo...
Padahal dalam hati cuak jugak kalau-kalau kanggaro ni bangun n cekau muka sal...
Tapi tour guide ada beritahu yang kanggaro ni tak kisah pun kalau kita pegang dia cuma biar pegang dengan penuh kasih sayang..takboleh kasar-kasar sampaikan dia terkejut. Bila terkejut, tu yang dia mencakar n melompat tendang kita.

Dah tu jangan kata kanggaro, cuba kalau kita ni pun orang buat cara kasar...huhuu..mau tak bersilat dibuatnye ;)


Wahhhhhh...memang macam dalam mimpi je bila dapat pegang kanggaro kat paradise country ni dengan tangan sendiri.


Yang ni sal pegang jauh sket sebab dia macam aktif sangat nak melompat-lompat.


Budak kecik dua orang ni memang berani...rela je diorang tenung baby kanggaro yang ada dalam poket mak dia macam tu je.






Sampai dah masa untuk pegang dan bergambar dengan koala. Hanya di Australia je yang ada spesis koala ni. Dari apa yang sal faham, koala ni adalah haiwan peliharaan perhilitan australia disebabkan habitat koala yang hanya aktif dua jam je sehari. Waktu lain tu koala ni banyak habiskan dengan waktu tidur atau banyak berehat..huhuu senang nye hidup ko koala...

Dan koala ni jenis yang tak minum air tau...
tapi macam mana koala boleh hidup kan???
Haaaa...tu yang best nye melancong ni, banyak ciptaan dan kebesaran Allah yang boleh kita perhatikan sepanjang melancong ke negara orang. Koala memang sepanjang hidup tak minum air (ke malas? huhuu ) tapi koala hidup dengan makan daun...dan dari daun tu la dia dapat sumber air.


Nampak muka macam comel je kan...hahahahahahhaha..tapi rasa nye lepas ni tak nak dah kot peluk koala ni walaupun dia sangat manja dan comel untuk di peluk...bukan apa, bau koala ni agak pahit melekat sampai ke baju...huhuuu...Dan tak semua orang boleh pegang koala ni secara percuma, nak pegang n bergambar dengan koala ni perlu ada AUD20 untuk dapatkan gambar kenangan dengan si comel sekor yang agak berat n padat badan dia ni.




yup...!!!
1st class treatment syarikat bagi untuk qualifier melancong.
Free trip macam ni sesiapa pun boleh pergi asalkan uol ada kesanggupan untuk mencuba dan berusaha dengan jalan yang sabar ;)


Our tour agent from GTT.
CK Loh memang the best tour guide. sporting and pandai buat lawak..hahaha..kat sini la kitorang dapat ilmu "cuci baju"


On the way ke hotel. 
Paling best dengar bila syarikat bagi location hotel kami tu adalah lokasi yang berhampiran dengan pantai dan berhampiran sangat dengan tempat shopping. So memang awesome la kan nak berjalan sepanjang malam nanti.



















Lapar punye pasal, sampaikan sempat amik gambar satu menu je untuk dinner masa malam pertama kat gold coast ni. Kami makan di restaurant halal yang menyediakan masakan malaysia. Tapi memang sedap sangat lauk-pauk dia dan paling sedap adalah sambal belacan dia...huhuu...jangan main-main, sampai ke gold coast pun sambal belacan tetap menjadi pujaan hati ku ;)


Art craft market.
memang tepi pantai je tempat ni. Dia lebih kurang macam pasar malam la...tapi banyak jual buah-buahan segar, kek yang special, dan art craft dari penduduk tempatan di sini.





Shopping time!
Banyak jugak tempat beli barang cenderahati kat surfers paradise ni. Cuma kena pandai memilih kedai yang ada offer special price je la. Dan untuk kedai ni service dia memang terbaik cuma harga dia agak mahal sikit dari kedai-kedai yang lain.




Uol kalau nak beli tshirt yang boleh tulis nama, boleh la ke coastal expressions kat area surfers paradise. Dari outriggers surfers paradise hotel tu kalau jalan kaki amik masa dalam 5 minit je pun dah sampai.


Selain kedai tadi tu, better uol s[end masa yang lama sket untuk dapatkan souvenir macam fridge magnet, pen, bags, shirt, etc kat kedai ni...memang murahhhhhhhh dan banyak pilihan.
Owner dia pun chinese from our country...Malaysia...so memang boleh dapat special price la...cuam nak dapat harga murah tu perlu ada satu kad diskaun.









Dengan police pun nak bergambar kan...








Sekian aktiviti hari kedua.
Balik hotel terus pengsan tak ingat apa dah.








No comments:

Post a Comment