Thanks For Your Support

Friday, January 10, 2014

Tahun baru 2014

Happy new year 2014!

Bila sebut tahun baru je mesti setiap orang akan terfikirkan azam baru.
Semoga segala azam anda pada tahun 2013 sudah pun tercapai.

Alhamdulillah hampir semua azam sal untuk tahun lepas dapat di capai dan pada tahun 2014 ni pulak dimulakan dengan azam untuk lebih kaya berjaya dunia akhirat dengan melakukan tindakan yang in shaa Allah di jalan yang betul HandakNya...Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan dari Allah.

Pagi tahun baru ni dimulakan dengan kejutkan sorang demi sorang bangun untuk follow mama n ayah ke genius aulad bandar sri damansara untuk induction Danisha. Kalau sebelum ni tiga tahun berturut-turut damia ke genius aulad untuk perkembangan minda dan sahsiah diri so this year turn danisha pulak untuk follow jejak langkah kakak damia menuntut ilmu sebagai khalifah Allah.

Alhamdulillah and In shaa Allah ni adalah azam 2014 sal dan suami!
Nak realisasikan impian kami untuk memiliki kereta import sebagai reward pada diri dan semoga dapat memberi manfaat buat family.

Rasa confident bila dengan lesen "car fund" yang ada, kami jejakkan kaki ke showroom kereta untuk buat tinjauan mengenai kereta yang bakal dijadikan calon untuk di bawa pulang satu masa nanti. Kalau ikutkan sal, memang minat jenis MPV sebab senang nak muatkan barang-barang dan tiga anak yang makin membesar.

Tapi tunggu je la ye kereta apa yang kami decide untuk dijadikan kemudahan untuk kami bergerak satu hari nanti.






Ni sebelum keluar rumah.
Best friend forever ni damia n danisha ni.


Sampai dah ke genius aulad...rumah kedua danisha la sekarang ni dari isnin sampai jumaat. Alhamdulillah dapat masuk sesi pagi.




peace...happy je dia dapat pergi sekolah.
Tahun ni danisha 5 tahun.
So dapat class 5 Andalus.


Yang kecik comel ni pun nak jugak follow naik tangga sendiri.


Lepas ni cabaran buat mama n ayah akan makin besar bila damia n danisha dah tak sekolah sekali. Sebab jarak sekolah masing-masing akan buatkan jadual harian kami berubah.



Alhamdulillah im so lucky bila mana di beri peluang dan dibukakan hati dan minda untuk lakukan persediaan dari dua tahun lepas. So sekarang bila anak makin membesar, lagi banyak perhatian dan lagi banyak masa yang perlu diluangkan untuk mereka.

sikit sebanyak dah boleh tarik nafas lega bila pengorbanan usung damia danisha dari dulu sampai sekarang dalam urusan business dan urusan harian makin memberi kesan positif buat kehidupan kami sekeluarga. No more stress tentang bagaimana nak memenuhi kehendak anak-anak especially bab makan mereka. Bab makan paling sal tak sampai hati kalau tak dapat penuhi apa yang diorang nak kan tiap hari.



Tq Allah!!!
im a happy mother bila tengok anak-anak makin happy dengan life mereka...
teringat kata-kata kak lily yang "ibu yang gembira akan melahirkan anak-anak yang gembira"
Betul sangat tu...!!! Sebab emosi ibu ni sangat berkait rapat dengan emosi anak-anak mereka. In shaa Allah kami akan cuba jadi ibu ayah yang sentiasa menggembirakan anak-anak kecil yang makin membesar ni.

Makin mereka membesar, makin kita perlu jadi kawan dan sahabat buat mereka meluahkan segala perasaan mereka pada kita.







Semoga tahun ni memberi lebih banyak kenangan indah buat kami. Segala kenangan pahit pun akan jadi indah bila kita convertkan rasa pahit tu sebagai kenangan manis.

Macam contoh la, waktu sekolah dulu pernah je sal dan adik beradik tak dapat berbaju baru dan beg baru ke sekolah. Dengan jumlah adik beradik seramai 6 orang, mana mungkin ibu ayah dapat penuhi keseluruhan keperluan kami untuk ke sekolah serentak kan. Jadi bila sampai waktu damia n danisha pulak nak jejakkan kaki ke sekolah, sal jadi orang paling excited untuk pastikan mereka dapat pakai segalanye serba baru tanpa perlu fikirkan berapa bajet sekalipun. Sampaikan apa yang diorg pilih sal akan setuju je untuk ke cashier dan bayar. 

Perkongsian ni bukan untuk berasa megah dengan apa yang dimiliki hari ni, cuma sebagai makanan minda je bahawa kita perlu BERSEDIA dari sekarang untuk dapatkan life yang lebih berkualiti...biar bebas masa dan bebas berbelanja bila usia anak makin meningkat remaja.

Kalau dulu selalu tertanya-tanya bila tengok orang-orang yang berjaya ni berbelanja...diorang amik barang, kaut, bayar je(by cash!)...nak makan apa, makan je tanpa perlu tengok harga...Alhamdulillah bila perubahan ni makin sal dan keluarga perolehi...

In shaa Allah umrah buat ibu ayah akan menyusul. Nekad ni nak ke tanah suci penuhi harapan ibu ayah dan diri sendiri untuk ke mekah. Kalau dulu langsung tak berani nak berimpian sebab tau sangat sampai mati pun tak mungkin dapat pergi kemana-mana dengan commitment hidup yang tinggi melebihi pendapatan. Tu tanggapan minda negetif dulu..huhuu..minda positif pulak dia akan selalu kata, sebelum mati menjemput, in shaa Allah akan jejakkan kaki ke tanah suci. Doakan ye.. ;)




No comments:

Post a Comment