Thanks For Your Support

Monday, December 2, 2013

jalan-jalan cari makan : warung leko sungai buloh

Authentic indonesian food at warung leko.



Jalan-jalan cari makan kali ni ke warung leko yang terletak di pusat komersil TSB sungai buloh...


Menu tak banyak tapi yang pasti makanan kat warung leko ni memang banyak sedap!!!

Untuk yang kurang gemar dengan daging ayam macam sal ni, boleh la try makan iga atau dalam bahasa melayu nye daging tulang rusuk lembu.


Style pekerja warung leko ni amik order pun dah lebih kurang sama macam restoren ss murni. Diorang amik order tanpa kertas...huhuuu..sampai ternganga baby danish ;)


 Pening jugak mula tu nak bgi damia n danisha ni makan apa la kat sini sebab tengok menu macam semuanye pedas. Tapi.....nasib baik la warung leko ni ada pilihan untuk sambal pedas, sedang atau tak pedas...so boleh la amik yang tak pedas bagi damia n danisha pun makan sekali...and danish, awak nganga je la dulu ye ;)


Ni juice orange campur kelapa. Sedap sangat. Lain dari yang biasa. Baru RM4.90


Teh o panas dia pulak dia asingkan gula dengan tea kosong ni supaya ikut taste kita la nak letak gula banyak mana.


menu dah sampai.
i like it! coz dia punye serve tu cepat walau masa ni ramai jugak yang datang lunch.


 Sedap sangat daging ni. Lembut giler. makan dia punye sambal pun tak de la sampai ke otak pedas dia.


Cah kangkung nama dia. Pun sedap.

yang ni iga cabe hijo....pun mavelessss!!!
mesti korang cakap apa hal la tuan punye blog asik la cakap semua sedap.
Kalau uol nak rasa kesedapan makanan indonesia original sila lah cepat-cepat ke warung leko ni. Memang semua ada ummmpppp!!!


Nampak???
sampai kan baby danish pun nak sangat makan apa yang kami makan ni.




Warung Leko
Pusat Komersil TSB,
79 G, 81 G, 81-1, Jalan Nautika A U20/A, 
Seksyen U20, 
40160 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-61480922



LB-1, First Floor,
The Curve Link 2,
The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.
Tel: 03-7733 1322
Business hours: 11.00am to 11.00pm, daily.


Ok la makan kat sini coz harga makan untuk 4 orang pun dalam RM40++ je...kenyang pun kenyang...kira kenyang sampai ke malam rasa nye.

After that kami ke bandar sri putra bangi untuk melawat adik sal yang baru je dapat baby girl yang sangat comel ;)







 ElvianaRaeesa and muhammad danish shafiq.
Lahir tahun yang sama..baby 2013 tapi beza 7 bulan ;)

bila tengok baby baru lahir terus rasa nak je mengandung lagi. Tapi..................seram la duduk dalam labor room walau pun sejam je dalam tu ;')


 Tempay favret danish memang bawah kerusi and bawah meja.




Alhamdulillah congratulation sahlan and diana atas kelahiran cahaya mata yang sangat comel.





No comments:

Post a Comment