Thanks For Your Support

Monday, November 25, 2013

dilema aurat wanita ketika bersalin

Sekadar perkongsian......

Ya Allah ampunkan kejahilan kami selama ni ;')

1st off all, Alhamdulillah......!!!!
Thank u Allah atas nikmat rezki berbentuk wang ringgit buat kami. Walau wang bukan segala-galanye tapi dengan ada nye wang, kali ketiga bersalin kan baby danish kami suami isteri mampu untuk memilih hospital dan doctor pakar wanita islam untuk menyambut kelahiran zuriat ketiga kami.

Ya Allah!!!!!
 betapa jahilnye rasa bila isu aurat semasa bersalin hanya di pandang remeh selama ni...

Rancak wall fb semalam bila topic aurat ketika bersalin dibincangkan di rancangan semanis kurma oleh ustazah siti nor bahyah dan suami di tv9.

Alhamdulillah sal pernah dikongsikan ilmu mengenai isu aurat ketika bersalin ni oleh seseorang. dan pernah baca mengenai isu aurat ketika bersalin ni di kupaskan secara detail dalam majalah solusi. 

Dan alhamdulillah bila ada ilmu lebih tentang aurat ni, terus buatkan sal terus bertindak untuk dapatkan doktor pakar wanita untuk proses bersalin kali ketiga yang lalu...

Pedulikan bila ada yang cakap doctor wanita kat hospital tu kasar dan sentiasa nak cepat bila proses kelahiran. Pedulikan bila ada yang kata nape tak pilih doctor dot dot dot sebab dia lembut dan biasanye doctor tu tak kan gunting ehem ehem kita. Ada jugak yang kata "apa nak kisah, doctor tu pun dah banyak kali dah tengok pesakit punye ehem ehem so dah lali dah bagi dia" Ya Allah serius sedihhhhh bila dengar macam-macam alasan keluar demi nak menghalalkan keadaan.

Sal faham ada yang kata "saya tak mampu nak pilih hospital private n nak pilih doctor wanita so bersalin je la kat government hospital dan tawakal je la dapat doctor apa pun" Astaghfirullah....semoga minda kita semua makin terbuka luas untuk ambik berat tentang isu aurat ketika bersalin yang sangat di pandang remeh oleh kita selama ni...Pilihan ada pada kita, kita mampu untuk bersedia sembilan bulan sebelum bayi dilahirkan. Tak semua hospital private telan belanja puluhan ribu ringgit. Kerana isu aurat ni sangat lah berat bila kita amati betul-betul...Walau sal bukan seorang yang sempurna lagi penjagaan aurat, tapi bila sedar yang isu aurat ketika bersalin ni perlu di amik berat, dan bila suami pun mula suarakan supaya saya bersalin dengan pakar wanita maka persediaan awal dah kami lakukan...biarlah berkorban wang ringgit asalkan maruah sendiri dan maruah suami terjaga.

Tersentuh sangat hati bila sal ada terbaca, ada yang siap gadaikan barang kemas semata-mata untuk pastikan dia hanya disentuh oleh doktor wanita ketika melahirkan puteri kesayangan dan walaupun hingga bayi nye sudah mencecah 3 bulan pun dia still tak dapat tebus barang kemas dia, tapi demi maruah diri dia relakan je asalkan ilmu yang dia ada tentang aurat ni dia dulukan. Salute....!

Dari petikan majalah solusi tu, dulukan doktor wanita islam, kalau tak de doktor wanita islam kita dulukan doktor wanita yang bukan islam. Dan bila difikirkan tentang keadaan darurat Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. 

Lantaran tu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!

ZURIAT BERKAT
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.

“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”

Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.

Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

Ameen, Ya Rabbal ‘alameen.


                     




Maaf kalau ada yang tersalah tafsir tentang isu ni, sal hanya berkongsi ilmu dan tak salah rasa nye untuk sal panjangkan isu dilema aurat wanita ketika bersalin ni untuk pemahaman kita bersama ke arah menjadi muslimin dan muslimat yang berilmu dan beramal dengan perintah Allah.






No comments:

Post a Comment