Credit to : Prof Dr Muhaya
Kadangkala apabila terlalu memikirkan tanggapan orang lain terhadap kita, maka kita akan sentiasa dibayangi oleh bermacam-macam tanggapan negatif orang terhadap kita. Gejala seperti ini tidak elok kerana ia menjejaskan keyakinan diri kita. Kehidupan manusia dipengaruhi oleh dua kesedaran iaitu kesedaran ketuhanan dan kesedaran keegoan.
Orang yang ego mempunyai beberapa ciri berikut iaitu:
1. Selalu ingin bersaing dengan orang lain;
2. Merasakan dia sahaja yang betul;
3. Cepat marah;
4. Hendak lebih daripada orang;
5. Suka fikir apa orang kata;
6. Mengukur orang lain berdasarkan apa yang mereka ada seperti pangkat atau harta.
Jika kita mempunyai sifat-sifat di atas, ini membuatkan diri kita akan menjadi stress tetapi sebaliknya jika kita mempunyai kesedaran ketuhanan seperti berikut iaitu:
1. Tidak bersaing dengan orang lain;
2. Selalu mengalah apabila berlaku perselisihan;
3. Sentiasa mencari kebaikan orang;
4. Sentiasa memperbaiki diri;
5. Lemah lembut;
6. Murah hati;
7. Menerima manusia seadanya.
No comments:
Post a Comment