Puasa dah habis pun, tapi sal tetap jugak nak update kisah iftar kami Top Leaders Circle bersama Anak-anak yatim dari Rumah Amal Ummul Qura dan Maahad Tahfiz Darul Ulum Wal Isnad.
Ya Allah...!!!!
memang lain macam rasa nye bila kita meraikan anak-anak yatim dan memberi makan pada orang lain. Biasa dengar kan, kalau nak rasa bahagia, sila bahagiakan orang lain sama. Memang sungguh-sungguh bahagia dan gembira bila dapat bersama-sama berbuka puasa sempena majlis pelancaran Top Leaders Circle pada 1 Ogos 2013 tu.
Hari tu hari khamis, so sal amik cuti half day untuk buat persiapan yang tak seberapa bagi memeriahkan majlis iftar TLC tu.
Tiga hari sebelum majlis iftar ni diadakan, kami telah mengadakan pengumpulan duit dan barang-barang keperluan untuk disumbangkan kepada kedua-dua rumah anak yatim dan maahad tahfiz ni.
Dan yang paling mengejutkan adalah bilamana jumlah kutipan untuk cash dan barang-barang keperluan melebihi dari apa yang di jangkakan.Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab ramai nye insan yang bermurah hati memberi sumbangan dalam bentuk cash mahupun barangan harian buat anak-anak yatim yang memerlukan.
Jumlah cash tak perlu lah disebutkan di sini. cukup sekadar ahli TLC dan penerima sumbangan sahaja yang tahu jumlah tersebut. Tapi untuk barangan macam makanan, bahan kering, baju, pad wanita, kuih raya, etc sangat-sangat memeranjatkan kami sebab sampai tak muat transport nak bawa balik barang-barang ni ke rumah Amal Ummul Qura tersebut.
Sal tolong siapkan bahan untuk buat wadaikipeng ni je...hehee..
yang masak nye of coz lah mak mertua sal. Ni adalah manisan orang banjar. Nama dia wadaikipeng.
Bahan-bahan wadaikipeng ni simple je kalau ikutkan.
kena ada tepung pulut, air suam, sedikit kapur, santan, gula merah dan gula biasa.
Lepas tu kena bentuk kan kecik-kecik tepung pulut tu.
Ha yang pakai seluar biru tu danisha...time mama sibuk nak bulat-bulatkan tepun tu, time ni jugak lah dia pun rajin sangat nak menolong. So, sal bagi je dia main-main dengan tepung pulut tu tapi apa yang dia bulatkan tu sal tak campurkan sekali la masa masak wadaikipeng ni.
Lepas hampir berejam nak siapkan wadaikipeng tu, kami anak beranak pun bersiap pakai wangi-wangi untuk ke Top Leaders Circle Centre. Tapi baby Danish tak ikut la sebab nanti mama ngan ayah kena duduk mengadap dia je.
Ni sebahagian dari goodie bag sumbangan dari top leaders circle.
Maahad Tahfiz Darul Ulum Wal Isnad ni siap berqasidah lagi. Sedap sangat alunan qasidah yang mereka mainkan.
Majlis makan dimulakan lepas selesai solat berjemaah.
Kemudian disertakan dengan selingan tazkirah dari tetamu jemputan khas untuk berkongsi ilmu kerohanian buat kami semua.
Bersama anak-anak rumah amal ummul qura. Rumah amal ni terletak jauh nun di bukit beruntung.
pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum Wal Isnad.
Damia n danisha kusyuk makan willy satay.
Berposing jap dengan ammyrra atyka.
Bersama sebahagian adik beradik TLC dan anak-anak rumah amal ummul qura.
Jangan tak tau, tukang amik gambar nye adalah damia. Kiranye semua gambar kat bawah ni damia la yang tolong amik kan. Berbakat sungguh anak mama ni ye ;)
bersama anak kandung dalam bisnez ni... Ieda Rani.
Walau hamil tapi semangat perjuangan baka rimau dia tetap tinggi.
Ni pun tengah pregnant jugak ni. Alhamdulillah korang ni memang mewarisi kesuburan bonda bisnez korang ye...heheee..tak lah, ni semua rezeki Allah nak bagi diorang hamilkan. Kebetulan je lepas sal pregnant then sorang-sorang anak business pun pregnant.
Yang paling happy dapat pregnant adalah bakal ibu yang bertudung biru ni la farhana ramli... sebab lama jugak anak tunggu detik-detik untuk bergelar ibu. Alhamdulillah doa ana dah dimakbulkan tuhan. In shaa Allah tak lama lagi bertambahlah khalifah Allah di muka bumi ni.
kagum dan respect sangat dengan Mentor utama TLC iaitu CDM salha zain, CDM Alfaath dan CDM lily dan lapisan mentor-mentor dan ahli keluarga TLC yang sama-sama menjayakan majlis berbuka puasa ni.
Ni yang seronok nye business secara berkumpulan ni. Nak pulak TLC bukan sebarangan kumpulan dalam dunia perniagaan online ni. TLC merupakan icon pada peniaga-peniaga online malaysia di mana Kementerian sendiri telah mengiktirafkan TLC sebagai icon sohonita Malaysia.
Bila buat kerja secara bersatu macam ni, segala yang kusut dapat dileraikan dengan baik dan segala yang nampak sukar dapat dipemudahkan.
Sekian kisah berbuka puasa TLC pada tahun 2013 ni ye. Tunggu kisah berbuka puasa kami pada tahun 2014 pula nanti ye.
Lepas majlis berbuka puasa dengan TLC ni terus shoot ke rumah client di Shah Alam. Berdesup jugak la en husband drive sebab dah nak hampir pukul 1 pagi baru dapat sampai ke rumah customer yang nak pakai premium beautiful sebelum balik beraya. Alhamdulillah, sekali sarung je terus customer puas hati dengan result premium beautiful.
No comments:
Post a Comment