Travelog korea
Sampai malaysia
sabtu malam around 10 pm then tuptap tuptap cop passport and amik luggage dah
makan masa sampai sejam jugak lah.
From KLIA terus amik baby danish.
Tak kira! nak amik danish malam ni jugak walau badan letih tak ingat. Penat, letih, ngantuk
tu dah tak fikir dah...dah jadi pilihan terakhir. Sampai malaysia terus nak jumpa anak-anak
dan suami je ;)
Then after amik danish, makan masa lebih kurang sejam lagi untuk
sampai ke rumah.
Banyak kan
destinasi perhentian sal dari KLIA ke rumah???
Memang enjoy sangat ke korea .
Sampai malaysia pulak enjoy
bila tengok anak-anak happy bila mama bagi tau yang mama ada beli barang korea
untuk diorang. Macam damia dia prefer princess or barbie...danisha pulak more
to spiderman...lucky at korea
ada jugak jual something dari disney princess and spiderman. Kalau tak mau
sentap anak-anak gegurl mama ni. Nasib baik la danish yang baru lima bulan tu tak tau nak request apa-apa lagi. kalau tak menjawab nak pusing satu seoul cari barang diorg je.
Sampai umah memang tak sempat nak rehat dulu.
Letak danish dalam walker then mama pergi mandi sabun garam buluh
that is sabun hotttt marine essence. Legaaaaaa bila aroma sabun marine essence
ni meresap pada kulit badan dan meresap bau aroma wangi dia ke hidung.
Lepas mandi, solat, makan, then kemas sikit-sikit luggage kasi lapang sikit. sebab masa kat seoul tu, sampaikan nak tutup beg pun terpaksa melompat dulu atas beg baru lah dapat zip luggage. Yang dah
pakai siap basuh pagi tu jugak. Tak kira. Penat tu belakang cerita
asalkan semua nye dapat siap cepat. sebab kalau banyak tunggu dan tangguh memang nanti jadi malas pulak nak buat satu apa pun.
Kira nye untuk hari yang balik ke malaysia tu, dari pagi berjalan kat korea sampai kan dalam flight pun tak tido then sampai umah pulak sambung buat keje lagi...fuhhhh..uol bayangkan macam mana penat nye badan. Tapi ntah la, dari mana datang nye tenaga yang nak bekerja nonstop ni pun sal tak tau. maybe sebab banyak sangat kot serap aura positif adik beradik top leaders circle ni.
Lepas tu masa kat korea tu pulak asik terfikir yang betapa hebat nye kemajuan di korea ni sampaikan dalam masa yang singkat korea boleh setanding negara maju.
The next day, sunday tu lepas selesai urusan bisnez sal n husband bawa anak-anak keluar makan kat tempat favret weol skarang ni iaitu restoran ayam kampung di kota damansara. ada je sal pernah buat entry restoran yang pernah masuk jalan-jalan cari makan tv3 ni dulu.
boleh dikatakan seminggu tu 4-5 kali jugak la sal datang makan kat sini. sebab tak puas la makan ayam kampung ni. harga belakang kira bila rasa dia memang susah nak dapat kat mana-mana area kl selangor ni. so uol yang memang suka makan masakan kampung, nak pulak harga yang agak berpatutan, boleh try datang sini ye. Confirm nak repeat lagi.
hahaa..cian danish tu.
tak habis-habis merenung nasik mama.
Ni je lah pun menu favret kami anak beranak.
Ayam kampung goreng.
ayam kampung masak lemak
ulam-ulaman
dengan budu.
perghhhhhhhhh!!!!!!
Tapi kali ni ayam kampung dia agak besar so sal amik 3 ketul je semua. kalau tak, pernah je satu hari tu kitorg makan sampai penuh sepinggan dengan 6-7 ketul ayam.huhuu.
mata bulat semua.
Baby boy sal ni memang dah teringin sangat dah nak makan makanan orang dewasa. nampak tu sampai gigit jari dia nak kan nasi putih tu.
haaaa! nampak...siap nak kaut dengan tangan dah tu.
heheeee..sabar ye muhammad danish shafiq. Nanti gigi dah ada mama bagi la kamu makan nasi puas-puas.
yang dah terliur dengan ayam kampung dan masakan kampung kat sini, cepat-cepat la datang untuk rasa sendiri keenakan masakan melayu di sini. sekali datang confirm nak datang lagi.
Alamat
Restoran Ayam Kampung kota Damansara
49
Jalan Cecawi,
6/33
Kota Damansara
47810
Petaling Jaya
Selangor.