Selamat
hari raya 2013
Apa
khabar raya anda?
Mesti meriah
kan dengan
tema warna warni sedondon dan tambah meriah lagi bila saling kunjung
mengunjungi sanak-saudara yang jauh mahu pun dekat. Bulan syawal ni la bulan
yang paling afdal untuk berkumpul semula bersama keluarga tersayang yang
jarang-jarang sekali kita dapat berjumpa di hari-hari yang lain.
Satu
syawal dah berlalu meninggalkan kita, dan hari ni dah masuk hari ke lima kita menyambut
syawal. Mesti ada lagi yang masih mode raya kan ? Tak kurang jugak ada yang dah mula
bekerja. Walau apa pun semoga semua terus ceria-ceria selalu dan sentiasa
positif untuk dapatkan hasil hidup yang turut positif. Sebab apa yang kita
fikir, cakap, buat adalah doa.
Buat sal
tahun ni Alhamdulillah raya tetap meriah bila keluarga tersayang sentiasa sihat
dan ada di sisi sepanjang berhari raya. Walaupun ada sikit rasa terkilan bila sal
dan damia danisha tak dapat pakai baju raya baru yang kami harap-harapkan
sangat untuk di pakai di pagi raya.Sedihhhhh T______T
Tapi
apakan daya, sabar aje lah.
Ni lah
hikmah nye, bila baju raya tak dapat disiapkan seperti yang dijanjikan so sikit
sebanyak dapat jugak lah sal rasakan kesedihan mereka yang kekurangan untuk
berbaju baru bila tiba hari raya. Memang sedih bila pagi raya kita tak de baju
baru tau…sob sob sob…mahal ke murah belakang kira, asalkan baju baru. Jadi pagi
tu sal damia n danisha just pakai baju lama yang masih bersih. Syukur
alhamdulillah at least ada jugak baju cantik dan bersih untuk kami pakai pagi
raya tu walau dalam hati penuh harapan nak jugak pakai baju yang dah di tempah
khas untuk raya pertama tu.
Nak sedih
banyak-banyak pun tak guna sebab next time jadikan iktibar supaya hantar baju
raya awal 6 bulan sebelum hari raya. Kalau dalam tempoh 6 bulan pun tak siap
jugak memang buat naye orang je la tailor tersebut. Then, lagi frust bila baju
yang dapat tu tak seperti yang diharapkan…nangis dalam hati je la…menjerit pun
dalam hati je bila tengok baju danisha especially tak seperti yang digambarkan.
Memang FRUST!!! UPSET!!! :’(
SUDAH.....jangan nak sedih-sedih sangat...
"Banyakkan melihat orang lain yang lebih susah dari
kita dan kita akan rasa susah untuk tidak bersyukur"
Alhamdulillah.
Ni je lah antara gambar raya pertama yang ada. Mode makan mengatasi segala-galanye. Huhuhuu..makan antara terapi terbaik buat sal kalau tengah mode sedih... ;)
syukur ada suami yang baik macam ni.
En hubby tak kisah pun dah 4 kali raya pakai baju melayu yang sama....tapi rasa nye dalam hati dia sedih jugak tu sebab baju melayu yang di tempah tak seperti yang dia harapkan...huhuu...kita serupa ;)
Pagi raya sempat tido lagi.
Tapi tido kejap je. Lepas tu dia mula la bangun dengan tersengeh-sengeh.
Comel :D
Selamat hari raya aidilfitri dari kami minnie mouse dan ultraman.
hahaaa...nak sangat pakai topeng.
Celebrate birthday damia.
Damia lahir ngam-ngam pagi raya masa orang tengah siap-siap nak gi sembahyang raya. Ingat lagi 6 tahun lepas bila kul 3 pagi terpaksa la berangkat baju bagai check in kat hospital. So tiap kali 1 syawal je mesti akan teringat pengalaman bersalinkan damia. Actual date dia lahir adalah pada 13 oktober 2007 tapi lagi senang nak ingat 1 syawal la.
Sebelum makan dah siap-siap timbang berat badan di pagi raya.
sebab sal ni jenis makan tak control punye. Asal rasa sedap je memang menambah lah jawab nye ;)
No comments:
Post a Comment