Thanks For Your Support

Saturday, July 6, 2013

Kos pelajaran : Yuran bulanan Genius Aulad




Yuran bulanan genius aulad = RM268
Van untuk hantar damia balik je (pergi kami yang hantar) = RM210 untuk jarak kurang dari 10km.

TOTAL SEBULAN RM478.00

Ni baru yuran bulanan dan transportation untuk satu anak. kalau dua tiga empat anak???

Bayangkan pulak perbelanjaan untuk transit dan makanan harian diorang sama???

Mau rasa sesak nafas kan.


JANGAN TIPU diri sendiri!!!!!!!!!!
Semua yang bergelar ibu ayah memang ada impian nak hantar anak mereka untuk dapatkan ilmu di persekitaran pembelajaran terbaik!

Jangan tipu diri kita yang kita tak mampu nak beri yang terbaik untuk anak-anak kita!

Kita semua mampu buat apa sahaja asalkan kita ada IMPIAN.
hanya orang yang tak de impian je yang tak berani untuk ubah rutin kebiasaan mereka.

sal memang bukan lahir dari keluarga yang kaya, tapi sal ada impian untuk bagi yang terbaik untuk anak-anak sal berjaya dunia akhirat.

memang biasa kita dengar orang yang biasa-biasa di zon selesa ni diorang suka cakap macam ni :
 " jangan ajar anak bermewah, kita bagi ikut mampu kita dah la...tak payah pening-pening nak ikut orang"

Fine, sal ulang lagi skali...sal tak dilahirkan dalam keadaan yang mewah tapi dalam keadaan yang syukur Alhamdulillah. Tapi kan bila kita dewasa, semua ni datang sendiri walau pun ibu ayah kita memang tak pernah ajar pun untuk bermewah...semua ni sebab kita ni manusia biasa yang tak boleh lari dari nak ada impian sendiri. Antara nye Impian nak bagi pendidikan terbaik untuk anak-anak.

Jangan kata diri kita tu tak mampu, semua orang mampu je untuk keluar dari zon selesa masing-masing. Memang lah permulaan tu agak pening-pening lagi untuk keluar dari rutin kebiasaan hidup kita. Tapi bila lama-lama buat dan biasakan diri untuk terus buat, semua nye akan bertukar jadi luar biasa.

Sal ingat lagi 2 tahun lepas, 
Waktu tu sal hanya orang biasa yang ada impian tapi tak tahu jalan.
Masa tu sal hanya makan gaji yang mana gaji yang sal dapat tu pun memang tak cukup sebenar nye untuk makan. 
Tapi sal keringkan jugak hati ni untuk hantar damia ke genius aulad walau sal tahu sal memang tak mampu nak bayar yuran tahunan dan mungkin akan ada skip-skip bayar untuk yuranan bulanan dia nanti...ye lah kan, duit gaji yang ada tu pun dah memang sampai tak cukup makan, ni kan pulak nak tambah lagi beban dengan hantar anak ke sekolah yang agak tinggi jugak lah cost bulanan. Sekolah pulak 3 jam je. kalau sampai ke petang ok lah jugak kan, lepas sekolah dah tentu nak kena hantar ke pengasuh. Hantar pengasuh nak duit lagi.

Sal nekad!
Terus cakap dalam hati, duit boleh cari! Tapi pengalaman indah zaman kanak-kanak memang tak boleh dah nak beli. Sal nekad nak bagi yang terbaik untuk anak. In shaa Allah akan ada jalan rezeki untuk kami nanti.


Dan memang betul sangat!
Alhamdulillah...................5 bulan lepas tu terus dapat peluang buat side income dalam business online ni. Yang datang share kan peluang untuk sal pulak adalah mentor sal sendiri CDM salha zain. Rezeki yang terbentang datang dalam bentuk peluang ni sal tak kan sia-siakan...sebab sal makin sedar waktu tu, yang tak de jalan  pintas untuk kita capai kesenangan kerana semua nye perlu kan bayaran usaha dan pengorbanan.
Memang tak susah nak senang ni, tapi jalan nye bukan mudah.

Dan Alhamdulillah, peluang dengan Top Leaders Circle (TLC) yang sal miliki hari ni, makin lama dan makin hari makin menampakkan hasil positif yang pasti boleh merubah hidup sal sekeluarga 360 darjah. Dan usaha serta pengorbanan ni akan sal terus lakukan sampai impian untuk bantu ibu ayah, keluarga dan insan-insan yang memerlukan tercapai sepenuh nye.

Kalau sal dan ramai lagi yang dah berjaya hari ni mampu untuk lakukan perubahan, kenapa uol rasa uol tidak! Kita semua ada IMPIAN...jadikan impian yang ada tu sebagai batu loncatan untuk kita ubah diri kita untuk capai kejayaan.

Biar susah 3 tahun, untuk kita senang selama 30 tahun.





Tak tahu cara boleh bertanya.
dari pengalaman yang sal ada, in shaa Allah sal akan bantu uol yang nak berubah untuk capai Impian.


Salleha Roslan
011-1631 1641












2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum, saya Ina, kebetulan saya tengah google pasal genius aulad. Jadi saya nak tanya, Salleha ada nak jual tak baju uniform genius aulad untuk anak perempuan. Kalau masih ada lagi baju uniform dan tudung GA, saya berminat nak beli.

    Lagi satu, saya juga berminat nak tahu pasal PB ni nak cuba pakai untuk kuruskan badan, dan selain tu juga nak cari peluang jana pendapatan. Tapi saya ni tak pandai bab2 promosi barang jualan, jadi tak pernah cuba jual apa2 seblm ni. Ada pun, berhenti separuh jalan je.

    Ni email saya, hzd7903@gmail.com

    ReplyDelete