Thanks For Your Support

Thursday, July 25, 2013

Jalan-jalan cari makan : Restoran Ayam Kampung kota damansara

Semalam, ramadhan ke 15 kami berbuka puasa di restoran ayam kampung kota damansara.

Kenalan fb yang recommend untuk makan kat restoran nasi ayam kampung kota damansara ni. So, sal pun tak teragak-agak lah nak datang jalan-jalan cari makan kat restoran yang pernah jadi pilihan JJCM TV3 ni ;)

Nampak simple, tapi jangan tak tau, lauk pauk masakan kampung yang ada kat sini semua nye sedap-sedap. Kalau tak, takkan lah non stop orang keluar masuk restoran ni untuk bungkus dan makan di situ.

Untuk lauk pauk masakan kampung, kalau bulan puasa ni mesti nak kena datang before berbuka. Kalau tak memang uol kena makan nasi putih je lah sebab lauk-pauk restoran ayam kampung kota damansara ni memang cepat habis. Semalam pun sal pergi, sebelum waktu berbuka pun dah nak licin lauk. Nasib lah datang awal.

Mula-mula amik sorang seketul je ayam kampung tu, tapi tak sangka pulak yang ayam kampung ni memang tak kan cukup kalau kita makan just seketul sorang sebab isi dia memang sedap dan tak de lemak.



Aci tak pergi makan berbuka puasa kali ni tak bawa baby danish???
heheee...aci lah kan. sebab mama ngan ayah nak focus makan sepenuh nye.


 Sementara tunggu waktu berbuka puasa, sempat lah duduk borak-borak dan bergambar dengan damia ngan danisha ni. Bila ada baby danish mama memang kena layan dia je la so kakak-kakak kena pandai bawa diri.


Masak lemak nangka muda.
Memang sedap.Kalau amik nangka ni pastikan amik kuah dia lebih sikit.

Selain lauk nangka, kitorang amik lauk sambal sotong, kuah asam ngan ulam-ulam. Sal memang hantu ulam.


 
Bila diorang dah makan macam ni punye gaya, tu tandanya memang sedap la benda tu. So, memang sedappppp sangat ayam kampung ni. Makan saja macam tu pun dah maveles.


Kelebihan ayam kampung

Rasa lebih sedap dan manis terutamanya jika digoreng garing
-Kurang sangat lemak
-isi lembut

Nutrisi ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam daging kerana cara hidup yang lebih semula jadi.
Lagi pun ayam kampung tak di suntik dengan sebarang antibiotik untuk kelangsungan hidup ayam tersebut.




Alamat
Restoran Ayam Kampung kota damansara

49 Jalan Cecawi, 
6/33 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor.


Buat uol yang tak tau nak makan berbuka puasa kat mana boleh la try untuk makan nasi ayam kampung di kota damansara ni ye. Yang tengah mengidam ayam kampung tu pun cepat-cepat lah dapatkan ayam kampung di restoran ni.


Special thanks to Sar Damansara sebab sudi jamu sal sekeluarga makan kat sini. Semoga makin murah rezeki sar sekeluarga.Aamiin.




No comments:

Post a Comment