Thanks For Your Support

Saturday, April 20, 2013

Pengalaman bersalin : My 3rd baby

Jom sal share kan kisah pengalaman bersalin kali ketiga ni.
Huhuuu..walau dah pernah dua kali meneran pun neves tu tetap ada. sebab sakit bersalin ni memang kita akan rasa. Huwaaaa ;')

Apa pun muka tetap kena legend okay. Nikmat bersalin ni tak semua orang akan dapat. jadi kita yang berpeluang lalui nye harus bersyukur sebab segala kesakitan yang ditanggung ibu-ibu yang melahirkan anak ni tak ternilai ganjaran pahala nye. Best kan jadi pompuan ni, memang senang nak dapat syurga bila try the best untuk jadi wanita solehah. Melalui sakit bersalin tu in shaa Allah boleh terhapus dosa-dosa kita.


Masuk ward kul 3pagi, 
After CTG dan check jalan dah buka 6cm, nurse terus on call doctor wan ratna untuk segera datang ke hospital coz sal dah mention kat diorg yang sal ni jenis bila jalan dah 6 cm tu maknanye lagi sejam ke sejam setengah memang akan bersalin.


Still 6-7 cm ni boleh handle lagi sakit perut n pinggang tu.
Then kul 4.15 nurse suruh siap2 kencing tapi dia pesan jangan buang air besar sebab jalan dah besar...nasib baik style sal ni before ke hospital mesti dah clearkan siap2 usus besar tu so tak de la gelisah sangat bila masuk wad bersalin nanti...kira boleh la focus untuk tahan sakit nak branak tu je.
masuk ke labor room dah mula dah sakit makin kuat...pas drip air tangan untuk kecutkan rahim tu masuk je dalam badan lagi kuat la sakit tu datang...husband la jadi tukang urut blakang tiap kali rasa sakit datang menyinggah...

Yang tak branak lagi tu meh sal bagi tau...sakit dia ya Allah...rasa pinggang tu macam di pulas-pulas, perut rasa macam nak pecah, n punggung pulak macam nak terkeluar buasir dibuatnye...huhuu...sampai kan en hubby pulak yang gelisah tengok si isteri gagah tahan kesakitan yang dia sendiri tak sanggup nak lalui...walau sejam jugak la nak tunggu 10cm tu tapi sejam tu rasa macam setahun la pulak...

Ngam-ngam jalan buka 10cm dr ratna pun sampai ke labor room n sal sendiri tak sabar nak meneran dah...part meneran ni memang agak ngeri sket la n still terbayang bayang sampai sekarang detik meneran tu...
4-5 kali push tapi still tak berjaya...tekak pun dah haus tak ingat punye...untuk lancarkan supaya baby keluar,nurse pun bagi la air suh minum sket je tapi sal minum kasi abis satu kole...hehee...nampak dah muka doctor n nurse dok berpandangan antara satu sama lain...dalam hati sal 'lantak la aku dah haus ni'

Pas minum sambung balik meneran...doc suh push macam kena sembelit. Puas teran tapi sebab lebih teran gunakan muka so amik ko, doctor decide guna vacuum pulak...dengar nak kena vacuum terus dalam hati cakap 'abis la aku, banyak la kena jahit jap lagi' dan memang betul pun...dua kali kena sedut kepala baby n dua kali bunyi "krak krakkk" anus kena gunting...huwaaaa...time ni sakit baby nak kuar melebihi sakit kena gunting hidup hidup...tapi before kena vacuum tu doctor ratna dah bius dulu dah siap-siap...

Tak sampai 3 minit process vacuum nampak dah kepala bb mula keluar dan pelan-pelan dr ratna tarik leher baby bagi keluar semua badan...
Terus legaaaaaa sangar rasa bila baby comel putih gebu keluar terkbil-kebil duduk atas dada...Alhamdulillah!!! Berbaloi sakit yang sal dapat bila Allah anugerahkan anak yang sihat sempurna dan bakal jadi khalifah dan pewaris untuk kami dunia akhirat...syukur sangat...after thar terus doctor suh husband potong tali pusat baby dan follow nurse untuk azan kan putera comel kami.
Lepas tu dr ratna terus keluarkan uri dan lepas uri keluar je terus sal tak sedar apa-apa dah...tau-tau je lepas dua jam bangun dari pengsan semua dah siap...ni first time experience anus di jahit dalam keadaan diri di pengsankan...best jugak sebab tak de la kita rasa ngilu ke apa bila doctor menjait part tu kan ;)

Alhamdulillah...lahirlah putera pertama kami ke dunia.
terkebil-kebil mata dia tengok mama. Dan satu persatu jari halus di buka.


After sedar dari pengsan (rasa nye dua jam juga lah dipengsankan) terus sal request doctor bawa masuk baby untuk disusukan.
excited nak nak breastfeed baby kali ni.


Thanks to doctor wan ratna iza kerana bersungguh-sungguh membantu dalam proses kelahiran sal kali ni.


Buat uol yang terfikir sama ada nak bersalin di putra medical centre ni dengan doctor zarul or doctor ratna, itu terpulang pada diri masing-masing. Dua-dua pun bagi sal bagus. Cuma kelebihan kita bila berkemampuan untuk memilih doktor ni baik kita dulukan doktor wanita untuk menyambut kelahiran bayi kita nanti. 




7 comments:

  1. Berapa kos bersalin di sana yer sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi nadz.
      kos bersalin kat pmc ni tak semahal hospital swasta yang lain.
      untuk normal dalam rm1900++

      kalau ceaser tu standard dalam 4-5k la jugak.

      Delete
  2. Selalunya utk ank ke 2 n seterusnya kos xmahal around rm3k n +++++ coz kte dh ada jln..btl x...tp ank prtama mahal skt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi zaralisa,
      ni 1st experience sal bersalin kat hospital swasta.
      lagi pun bersalin kat putra medical center ni pun tak berapa tinggi kos dia.
      adalah dalam rm2500 sebab sal kena vacuum.
      kalau normal standard dalam rm1700-rm1900++ untuk dua hari satu malam.

      Delete
  3. ooo murah je la...tp klu specialist kt tempat sy normal rm3k to rm4k klu vacuum fr normal rm4k++++ n rm5k je n klu sebaliknya rm6k+++ keatas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aar pmc antara hospital swasta yang agak murah kos dia. buat yang berada area sg buloh, puncak alam, saujana utama, bandar sri damansara, kuang boleh la jadikan putra medical centre sebagai hospital bersalin pilihan.

      Delete