Nak share kisah hari ni.
Terdengar ada seseorang kat opis ni borak2 dengan
my fren…
Perbualan dia macam ni:
“Kalau tuhan nak bagi saya sakit, sakit lah… Kalau tuhan
nak bagi saya sihat, sihat la…kalau tuhan nak bagi saya kaya, kayalah, kalau
tak kita bersyukur je la dengan apa yang kita ada skarang ni…saya makan je apa
yg saya rasa nak makan, saya terima je apa yang tuhan nak bagi ”
Astaghfirullah… memang betul semua nye ketentuan
DIA.. tapi yang baik memang datang dari DIA, yang buruk tu kebanyakkan nye
punca dari diri kita sendiri kan …
Salah Tuhan ke bila kita obesity?
Salah tuhan ke bila kita asik sakit tumit akibat
berat badan berlebihan?
Salah tuhan ke bila kerja kita asik nak makan dan
makan tapi malas nak cari inisiatif untuk control berat badan dari bertambah?
Salah tuhan ke bila kita baru awal 30 an tapi rupa dan fizikal kita 10 tahun nampak lebih berusia?
Salah tuhan kita bila kita selalu sakit sampai menganggu
kita untuk bersolat?
Salah tuhan ke bila kita hari ni bekerja dengan
basic pendapatan tak sampai RM1000 sebulan?
Salah tuhan ke kalau hari ni kita dapat gaji, esok
habis gaji clear bayar hutang?
Salah tuhan ke bila anak2 kita hanya mampu menikmati
hari kanak-kanak mereka dengan penuh ketidakselesaan?
Salah tuhan ke bila kita terus hidup di rumah flat
18 tingkat dengan lift yang selalu bermasalah?
Sal tak de niat langsung untuk berkongsi kat sini
bagi menghina sesiapa, tapi dari perbualan tu menampakkan yang dia EGO dan memang
terlalu berserah pada takdir tanpa sebarang usaha… ni lah yang dikatakan siapa kita hari ni,
adalah apa yang kita usahakan pada hari-hari sebelum nye.
Allah lagi suka dengan hamba-hambaNYA yang hidup
berusaha untuk tambah nilai hidup orang lain dan dalam masa yang sama dapat tambah nilai hidup orang lain.
Tak nak ke lebih selesa lagi untuk diri sendiri dan
anak-anak?
Tak nak ke jadi penyumbang zakat terbesar pada umat
islam yang lain?
Tak nak ke sedekah pada surau-surau dan masjid
perumahan kita yang sentiasa memerlukan wang untuk baik pulih tempat ibadat
tersebut?
Tak nak ke duit pendapatan kita disalurkan pada
anak-anak yatim islam di seluruh dunia?
Tak nak ke bawa mak ayah pergi mekah tunaikan haji
atau umrah?
Tak nak ke sebelum mak ayah pergi meninggalkan kita untuk selamanye kita buktikan pada mereka yang kita bukan sekadar untuk hidup biasa-biasa?
Mesti semua pun nak kan perubahan kan ?
Tapi boleh dapat ke semua ni dengan hanya BERSERAH
PADA TAKDIR TANPA USAHA?
Allah tak kan ubah nasib hamba NYA, tanpa kita sendiri yang berusaha untuk ubah nasib kita…memang hidup wajib yakin
dengan ketentuan Allah, tapi kalau 100% berserah pada nasib, memang nasib-nasib
je lah yang kita dapat.
Nak jadi orang yang kaya akhirat kena jadi orang
yang kaya di dunia. Kaya harta biar seiring dengan kaya jiwa.
Sebab tu tak salah pun nak jadi kaya, Allah suka
dengan hamba nye yang kaya…kaya hati, kaya minda, kaya jiwa…yang kaya tapi
SOMBONG, tu bukan kaya tapi mereka adalah orang yang paling miskin hati dan
minda nye.
Jadi, terpulanglah pada kita nak pilih untuk jadi
kaya dengan redha Allah ATAU nak teruskan hidup biasa-biasa dengan bergantung
harap berserah pada nasib semata-mata.
Jadi bagaimana untuk sentiasa bernasib baik?
1 Tahu apa yang kita mahu.
Cara paling tepat meramal masa depan ialah dengan menciptanya sendiri.
Apa yang kita mahukan tu mestilah sesuatu yang besar serta mampu menggoncang jiwa. Ia juga perlu spesifik dan jelas. Tak cukup dengan berkata aku mahu kaya, tapi kena jelas kaya yang bagaimana.
Berapa jumlah wang yang dimahukan?
Apa rumah yang mahu dimiliki?
Kereta apa yang mahu dibeli?
Dan sebagainya.
2 Dapatkan maklumat tentang apa yang dimahukan itu.
Boleh dikatakan apa sahaja yang kita mahu capai dalam hidup ni telah pun dicapai oleh orang lain. Oleh itu, dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang apa yang dimahukan itu.
3 Tahu apa yang perlu dilakukan.
Setelah kita tahu apa yang dimahukan dan segala maklumat tentangnya maka tibalah masanya mengatur perancangan. Senaraikan pelan tindakan jangka pendek dan panjang.
4 Berdisiplin dan konsisten dalam melaksanakan perancangan.
Disinilah perlu sikap yang positif dan hasrat yang sungguh-sungguh.
Ramai orang gagal kerana mereka tak lakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Mereka kurang disiplin dan tak kurang juga ramai yang sekadar rajin memulakan tetapi tidak rajin menghabiskan.
Disiplin dan kesungguhan tinggi nilah yang menjadi kekuatan kepada bangsa Jepun dan Korea.
5 Tahu siapa yang boleh membantu kita.
Kejayaan tu 99 peratus bergantung kepada usaha dan satu peratus bergantung kepada siapa yang kita kenal.
Tapi usah remehkan faktor yang satu peratus tu kerana ia mampu membezakan antara usahawan biasa dengan luar biasa.
Oleh itu, cari cara untuk rapat dan kenal dengan mereka yang telah berjaya. Ia mempercepatkan jalan menuju kejayaan.
6 Banyakkan berdoa.
Manusia hanya mampu berusaha dan Allah yang menentukan rezeki dan segalanya.
Persiapkan diri dari segi ilmu dan ketahanan mental sebab apabila peluang berada di depan mata, kita sudah bersedia untuk memulakan langkahnya.
Jangan bergantung pada nasib.
Kalau sudah lakukan yang terbaik tetapi belum berhasil, itulah namanya takdir.
No comments:
Post a Comment