Thanks For Your Support

Tuesday, March 26, 2013

Jangan bergantung pada nasib

Nak share kisah hari ni.

Terdengar ada seseorang kat opis ni borak2 dengan my fren…
Perbualan dia macam ni:
“Kalau tuhan nak bagi saya sakit, sakit lah… Kalau tuhan nak bagi saya sihat, sihat la…kalau tuhan nak bagi saya kaya, kayalah, kalau tak kita bersyukur je la dengan apa yang kita ada skarang ni…saya makan je apa yg saya rasa nak makan, saya terima je apa yang tuhan nak bagi ”

Astaghfirullah… memang betul semua nye ketentuan DIA.. tapi yang baik memang datang dari DIA, yang buruk tu kebanyakkan nye punca dari diri kita sendiri kan

Salah Tuhan ke bila kita obesity?

Salah tuhan ke bila kita asik sakit tumit akibat berat badan berlebihan?

Salah tuhan ke bila kerja kita asik nak makan dan makan tapi malas nak cari inisiatif untuk control berat badan dari bertambah?

Salah tuhan ke bila kita baru awal 30 an tapi rupa dan fizikal kita 10 tahun nampak lebih berusia?

Salah tuhan kita bila kita selalu sakit sampai menganggu kita untuk bersolat?



Salah tuhan ke bila kita hari ni bekerja dengan basic pendapatan tak sampai RM1000 sebulan?

Salah tuhan ke kalau hari ni kita dapat gaji, esok habis gaji clear bayar hutang?

Salah tuhan ke bila anak2 kita hanya mampu menikmati hari kanak-kanak mereka dengan penuh ketidakselesaan?

Salah tuhan ke bila kita terus hidup di rumah flat 18 tingkat dengan lift yang selalu bermasalah?


Sal tak de niat langsung untuk berkongsi kat sini bagi menghina sesiapa, tapi dari perbualan tu menampakkan yang dia EGO dan memang terlalu berserah pada takdir tanpa sebarang usaha…  ni lah yang dikatakan siapa kita hari ni, adalah apa yang kita usahakan pada hari-hari sebelum nye.

Allah lagi suka dengan hamba-hambaNYA yang hidup berusaha untuk tambah nilai hidup orang lain dan dalam masa yang sama dapat tambah nilai hidup orang lain.

Tak nak ke lebih selesa lagi untuk diri sendiri dan anak-anak?

Tak nak ke jadi penyumbang zakat terbesar pada umat islam yang lain?

Tak nak ke sedekah pada surau-surau dan masjid perumahan kita yang sentiasa memerlukan wang untuk baik pulih tempat ibadat tersebut?

Tak nak ke duit pendapatan kita disalurkan pada anak-anak yatim islam di seluruh dunia?

Tak nak ke bawa mak ayah pergi mekah tunaikan haji atau umrah?

Tak nak ke sebelum mak ayah pergi meninggalkan kita untuk selamanye kita buktikan pada mereka yang kita bukan sekadar untuk hidup biasa-biasa?


Mesti semua pun nak kan perubahan kan?
Tapi boleh dapat ke semua ni dengan hanya BERSERAH PADA TAKDIR TANPA USAHA?

Allah tak kan ubah nasib hamba NYA, tanpa kita sendiri yang berusaha untuk ubah nasib kita…memang hidup wajib yakin dengan ketentuan Allah, tapi kalau 100% berserah pada nasib, memang nasib-nasib je lah yang kita dapat.

Nak jadi orang yang kaya akhirat kena jadi orang yang kaya di dunia. Kaya harta biar seiring dengan kaya jiwa.

Sebab tu tak salah pun nak jadi kaya, Allah suka dengan hamba nye yang kaya…kaya hati, kaya minda, kaya jiwa…yang kaya tapi SOMBONG, tu bukan kaya tapi mereka adalah orang yang paling miskin hati dan minda nye.

Jadi, terpulanglah pada kita nak pilih untuk jadi kaya dengan redha Allah ATAU nak teruskan hidup biasa-biasa dengan bergantung harap berserah pada nasib semata-mata.




Jadi bagaimana untuk sentiasa bernasib baik?

1 Tahu apa yang kita mahu. 
Cara paling tepat meramal masa depan ialah dengan menciptanya sendiri. 
Apa yang kita mahukan tu mestilah sesuatu yang besar serta mampu menggoncang jiwa. Ia juga perlu spesifik dan jelas. Tak cukup dengan berkata aku mahu kaya, tapi kena jelas kaya yang bagaimana. 

Berapa jumlah wang yang dimahukan? 
Apa rumah yang mahu dimiliki? 
Kereta apa yang mahu dibeli? 
Dan sebagainya.


2 Dapatkan maklumat tentang apa yang dimahukan itu. 
Boleh dikatakan apa sahaja yang kita mahu capai dalam hidup ni telah pun dicapai oleh orang lain. Oleh itu, dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang apa yang dimahukan itu.

3 Tahu apa yang perlu dilakukan. 
Setelah kita tahu apa yang dimahukan dan segala maklumat tentangnya maka tibalah masanya mengatur perancangan. Senaraikan pelan tindakan jangka pendek dan panjang.

4 Berdisiplin dan konsisten dalam melaksanakan perancangan. 
Disinilah perlu sikap yang positif dan hasrat yang sungguh-sungguh. 
Ramai orang gagal kerana mereka tak lakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Mereka kurang disiplin dan tak kurang juga ramai yang sekadar rajin memulakan tetapi tidak rajin menghabiskan. 
Disiplin dan kesungguhan tinggi nilah yang menjadi kekuatan kepada bangsa Jepun dan Korea.

5 Tahu siapa yang boleh membantu kita. 
Kejayaan tu 99 peratus bergantung kepada usaha dan satu peratus bergantung kepada siapa yang kita kenal. 
Tapi usah remehkan faktor yang satu peratus tu kerana ia mampu membezakan antara usahawan biasa dengan luar biasa. 
Oleh itu, cari cara untuk rapat dan kenal dengan mereka yang telah berjaya. Ia mempercepatkan jalan menuju kejayaan.

6 Banyakkan berdoa. 
Manusia hanya mampu berusaha dan Allah yang menentukan rezeki dan segalanya. 
Persiapkan diri dari segi ilmu dan ketahanan mental sebab apabila peluang berada di depan mata, kita sudah bersedia untuk memulakan langkahnya. 




Jangan bergantung pada nasib.
Kalau sudah lakukan yang terbaik tetapi belum berhasil, itulah namanya takdir.






Wednesday, March 20, 2013

Jalan-jalan cari makan : Asam pedas selera kampung di Melaka

Sejak pasaran makin meluas di Melaka ni, boleh dikatakan setiap bulan sal, suami dan anak-anak akan ke Melaka. Dan tiap kali ke Melaka, tiap kali tu jugak la nak pekena Asam pedas Melaka. Fuhhhhh...!!! Memang tak boleh tido kalau tak pekena asam pedas melaka ni sebelum balik KL.

Baru-baru ni lepas jumpa anak dalam bisnez dyna salleh dan cicit dalam bisnez Diana Dee dan suami, diorang ada suggest kan tempat-tempat best untuk sal pergi cuba dan rasa. Kebanyakkan asam pedas kat melaka ni buka waktu malam so ni antara salah satu tempat asam pedas yang buka 24 jam di melaka:

Restoran Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square
75000 Bandar Hilir Melaka
Melaka

Lepas check out hotel dan personal touch with diana, terus kitorg dari MITC datang sini. Kalau sebelum ni tak tau jalan short cut, punye la sampai 40 minit baru sampai bandar hilir ni, tapi lepas jumpa diana n husband baru tau jalan dari MITC nak ke bandar hilir hanya 15 minit je...hahaaa...


Sampai-sampai  terus cari tempat yang ada air-cond. Biasa lah mak buyong kan sentiasa hot je...huhuu...Lepas tu kena order air baru boleh pergi pilih lauk apa yang kita nak dan make seure bagi no meja pada pelayan restoren nanti.


Otak-otak dia pun sedap! Memang favret kitorg anak-beranak...berebut nak kasi abis.





Yeayyy lauk dah sampai.
yang ni udang besar masak lemak. sedap dia tu tak tau lah describe macam mana...sebab memang betul-betul sedap sampai kitorg tambah lagi kuah dia dan siap hirup lagi. Maybe sebab manis udang fresh tu keluar ke kuah kan tu yang buatkan masak lemak dia sedapppp tak hingat punye.

Sekor udang ni RM35.00 boleh makan share 2-3 orang.



Ni asam pedas ikan tenggiri. Harga ikan ni sekor RM8. For me kuah asam pedas dia so so je lah..tak sesedap restoren lagi satu yang kitorg pernah pergi bulan lepas. Tapi ikan dia memang FRESH.



Nasi putih dia pun sedap tau. Kira nasi beras wangi dia bagi. 
Tu yang tak pernah-pernah damia ngan danisha makan sorang sepinggan, alih-alih kat sini diorg boleh habiskan sepinggan sorang nasi. Mama ngan ayah makan dua pinggan..hahahaaa...masing-masing berlawan nak dapat perut maju ke depan.








Jemput makan semua. Bismillah :)



Habis makan sila lah jangan nak terkejut sangat ye dengan harga dia. Kira ok lah harga macam ni. Kalau nak murah boleh je g tangkap sendiri udang ngan ikan tu pastu masak sendiri ye...huhuu ;)



 Alhamdulillah...kenyang perut suka hati.
Nak pulak datang jalan-jalan cari makan kat bandar hilir ni hari isnin, memang best la kan... sebab tak de lah jem.

so jom balik umah. Lepas mama bersalin kita datang lagi ye Melaka bandar bersejarah ni ;)



Tapi sebelum balik, sempat lagi request kat en. suami suh belikan klebang original coconut shake... Kalau tak jangan harap boleh balik dengan tenang. Lagi pun hari ni hari isnin kan so tak payah lah nak beratur panjang berjela...yeahaaa ;D







Slurrrpppp...terbaik..segar dari ladang...minum coconut shake ni di kala cuaca panas membahang memang terangkat.


Baru segar nak drive balik umah ye ;)



Patut la jem. Lori masuk longkang. Bila hujan-hujan macam ni mesti ada je kan masalah kat jalan raya malaysia ni. Tapi yang silap bukan lah jalan raya pun, tapi sikap kita sendiri sebagai pemandu. Kena la selalu pastikan diri sendiri segar bertenaga dan kenderaan sentiasa dalam keadaan yang baik. So tak de lah bagi impact yang tak berapa nak bagus pada pengguna jalan raya yang lain.


Ni pulak halangan kedua.
Kereta proton saga ngan volvo berlaga lepas tu terus terbakar. Ni kat area seremban nilai.




Budak berdua ni macam biasa lah dah puas berjalan, perut dah kenyang so lena sampai lah ke rumah. Tapi pandai pulak tu bila kereta stop je depan rumah dua-dua mesti terus bangun.
















Testimonial sabun putih ketiak marine essence


Terima kasih sebab sudi singgah ke blog sal ni ye ;)
Mesti uol tengah tercari-cari testimoni pengguna sabun marine essence ni kan?

Jadi kat sini sal nak share kan lah testimoni diri sendiri dulu.
Sejak beberapa bulan pregnant ni sal tak boleh pakai full set premium beautiful, so alahan eczema pun datang balik setiap kali sal pakai jam, brooch atau cincin. Pelik ye apa kena mengena pb dengan eczema? eczema ni kan ada sangkut paut jugak dengan darah, bila pakai full set pb, asid darah dan toksin badan kita banyak di buang keluar oleh sistem FIR pb jadi memang tak de masalah eczema untuk sal sepanjang pakai full set premium beautiful selama ni.



 Yang ni gambar pergelangan tangan sal akibat hari-hari pakai jam. Biasa nye orang eczema ni memang tak boleh pakai something yang berunsur keras dan melekap lama di kulit, bila pakai mesti naik gatal-gatal dan bila gatal mula lah nak menggaru. Lepas garu ni la akibat nye..mesti ada kesan hitam pada kulit.


Tapi Alhamdulillah lepas dua minggu rajin mandi dengan sabun putih ketiak @ marine essence beauty bar ni, pergelangan lengan akibat bekas garu eczema tu makin cerah dan kurang dah masalah gatal-gatal lepas hari-hari bersabun dengan sabun ketiak ni.

So buat uols yang ada masalah eczema sal suggest kan boleh la cuba dulu sabun hijau ni yang wangiiiiiii tak hingat ni. At least dapat membantu atasi masalah eczema dan gatal-gatal kulit uol selama ni.

Selain untuk eczema, sabun marine essence ni sesuai jugak untuk sesiapa yang ada masalah ni :

Ruam badan
Jerawat belakang badan
Celah ketiak dan kelengkang gelap
Leher berkerak
Perut hitam gelap lepas bersalin
Jeragat muka
Kulit kering
Dan MALAS MANDI…

heheee..yang malas mandi ni sesuai untuk sesiapa yang susah sangat nak ajak anak-anak uol ke toilet. Lepas bagi diorg pakai sabun ni sure berdesup masing-masing nak masuk toilet sebab kan kesan segar dan wangi sabun ketiak ni lepas mandi memang buat badan rasa fresh dan bertenaga je.


Harga sabun marine essence :

Seketul RM35
Sekotak ada 3 Ketul RM105

Yang beli sekotak sal bagi Free postage


kandungan bahan-bahan dalam sabun marine essence

Kelebihan sabun marine essence 

Nak beli borong marine essence beauty bar ni pun boleh. 
Sebab kalau uol nak tau dengan sabun cerah ketiak ni je pun uol boleh dapat extra income 5-7k per month tau. Permintaan untuk sabun marine essence ni memang tengah hotttttt!

Pada yang cepat dan bijak amik peluang memang akan dapat punye income lebih dari gaji makan gaji. Sesuai sangat lah product ni untuk yang nak jadi ahli SOHONISTA (Small Office Home Office) dengan berniaga online hanya dengan gunakan internet dan boleh jana pendapatan dari rumah.


Salleha Roslan
011-1631 1641 (Whatsapp)



Monday, March 18, 2013

Modal berniaga


Adakah berniaga perlukan modal
duit yang besar?

Adakah semua jenis bisnes yang berjaya
hari ni, asalnya daripada mereka yang
mempunyai modal puluhan ribu?

Jawapannya: TIDAK.


Modal Duit Bukan Ukuran Utama!

Ramai usahawan yang menganggap modal
duit adalah penting. Tanggapan ni adalah
silap.

Biasanya golongan ni juga mempunyai
kegagalan yang besar dalam bisnes.

Dalam bisnes, modal duit bukan ukuran utama.

Penting untuk kita tahu modal KERAMAT
dalam bisnes iaitu...

===
Modal Sosial & Modal Komitmen
===

Majoriti pemilik bisnes yang berjaya mencapai status
jutawan, multi-jutawan dan juga bilionair mempunyai
persamaan.

Mereka tak hiraukan modal duit.

Apa yang penting adalah:

1) Modal diri.
 dan
2) Modal komitmen.



===
Modal Diri
===

Modal diri. Hanya diri sendiri yang menentukan sama
ada kita boleh berjaya atau terus gagal.

Bukan duit, bukan orang lain. Tetapi diri sendiri.



===
Modal Komitmen
===

Pesan lagenda dalam dunia pembangunan diri iaitu
Tony Robbins,

"Kejayaan berada dalam genggaman setiap manusia,
sebaik sahaja mereka meletakkan komitmen dalam
diri sendiri."

Pemilik bisnes, jutawan dan pelbagai lagi adalah
pejuang yang tak putus-putus berusaha.

Walaupun adakalanya mereka gagal dan ditimbus 
dengan pelbagai jenis hutang.

Namun itu bukan alasan untuk mereka angkat 'bendera
putih'.

Soalan yang lebih penting sekarang.

Adakah kita mempunyai dua jenis modal di atas?

1) Modal diri.

2) Modal komitmen



Jika ada TAHNIAH!!! Teruskan usaha kita untuk terus bertindak ke arah kejayaan.






Wednesday, March 13, 2013

BBPlus collagen baik untuk sistem pencernaan

Collagen ni biasanye orang akan kaitkan dengan kecantikan dan  keserian kulit je kan. Tapi tau tak salah satu sebab kenapa BBPlus Collagen ni patut jadi pilihan???
Sebab nye adalah:

Serat Epal

yup BBplus collagen mengandungi serat epal di dalam setiap sachet.


Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient
yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.


Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

nak lagi senang, jom lah amalkan BBPlus collagen ni
kulit cantik, lawas pun iye jugak ;)


Harga BBPlus
 RM 180.00 Sekotak
20 Sachet

For more discount please contact me
salleha roslan
011-1631 1641 

swimming while pregnant

I love to swim!

Is it safe to swim for exercise while pregnant?

The answers :
Swimming is a wonderful way for pregnant women to exercise and it’s generally considered very safe. But check with ur doctor before u take the plunge ;)

Yuhuuu…kalau waktu bujang dulu nak slim rajin je berenang ni untuk dapatkan stamina n maintain kan berat badan supaya tak nampak gemuk. Sebab sal ni kan jenis yang kuat makan, so mesti kena buat something untuk kekalkan shape supaya tak terus menggelebeh dan supaya berat badan tak naik mendadak. So berenang merupakan salah satu senaman terbaik untuk kita.

Waktu dalam air memang tak terasa penat sangat, tapi lepas naik ke darat..amik ko…boleh tido sehari semalam kalau kita baru diperingkat permulaan nak bersenam melalui berenang ni. Tapi bila dah biasa berenang confirm enjoy punye dengan excercise cara macam ni.

Sepanjang hamil ni pun ada jugak sal berenang-berenang manja dalam pool. Kira buat kuat lentang je lah yang terdaya. Nak buat kuak dada, kuak kupu-kupu bagai memang tak berani sangat sebab berenang ni banyak libatkan otot perut. Kang tak pasal-pasal je cepat pulak terberanak nye kang.

pregnant mama in 31 weeks...
I am a regular swimmer and love being in the pool ;)




Friday, March 8, 2013

Agent Dropship Sabun Marine Essence diperlukan


kelebihan Marine Essence Beaty Bar









Harga marine essence ni
RM35.00 Seketul


Sekotak ada tiga.
kalau beli tiga dapat lah RM105 Free postage ;)

Untuk yang beli borong boleh dapat untung runcit plus bonus cecah 4 figures sebulan.
Nak seribu?? dua ribu??? riga ribu??? even 5 figures income pun boleh je..anda yang tentukan...

 Nak tahu cara untuk dapatkan sabun yang hot ni secara pukal dan buat extra income dengan hanya jual sabun cerah ketiak ni???
Jom sal explainkan cara nye ;)


salleha roslan
011-1631 1641

monthly check up at putra medical centre

Monthly check up untuk pregnant kali ketiga ni sal pilih untuk ke putra medical centre. Kalau dua kehamilan lepas, masa pregnant damia n danisha, sal prefer ke HUKM cheras. Kali ni disebabkan ada rezeki lebih dari Allah buat kami sekeluarga, jadi sal tak teragak-agak untuk buat monthly check up di hospital swasta dan berbayar sepenuh nye oleh diri sendiri. Company sal berkerja skarang ni memang tak tanggung segala jenis perubatan yang berkaitan dengan kehamilan. Jadi, Alhamdulillah dengan rezeki berniaga ni dapat lah sal merasa untuk pilih gynae atau pakar perubatan sendiri.

Selain dari tu, sal pilih untuk rujuk pakar perubatan dari putra medical centre ni adalah sebab faktor dekat dengan rumah. Bayangkan lah kalau dari saujana utama yang dah nak dekat2 dengan puncak alam tu nak ke cheras dah amik masa berapa lama kan...dekat sejam jugak, So jarak antara PMC dan rumah pulak memang tak jauh dah, dalam 15 minit je dah sampai. 

Lagi pun yang best nye check up gynae swasta ni, masa nak appointment dengan doctor tu pun boleh ikut masa kita. Kira tak de lah straight sangat nak kena follow waktu yang dah ditetapkan. Kira boleh postpone la ikut suka kita nak datang ikut date yang di beri atau tak, asalkan jangan lewat seminggu dah la. 



33 weeks pregnant.

Doktor wan ratna merupakan gynae yang every month sal akan refer untuk pregnant kali ni. sal mula buat monthly check up dgn dr ratna dari usia kandungan baby 4 bulan... Lemah lembut je dr ratna ni tau... suka sangat dengan dia sebab nampak ketelitian dia bila periksa kita.

Selain dari doktor ratna ada sorang lagi gynae yang glamour and jadi pilihan ramai kat pmc ni iaitu dato' dr. Zarul...tapi sebab kan sal dan husband nak doktor perempuan, jadi sal pilih untuk berurusan dengan dr. ratna dari 4 bulan hamil dan in shaa allah sampai proses melahirkan nanti.


ni masa 26 weeks pregnant.

Tengah tunggu turn nak di panggil masuk utk check up dengan dr. ratna. lagi satu yang best nye private hospital ni adalah waktu menunggu...kira tak de la sampai 5 jam nak kena tunggu turn setiap kali datang waktu pemeriksaan bulanan... paling lama pun sal pernah tunggu turn kat sini adalah dalam 40 minit dan paling cepat tak sampai 10 minit dah kena panggil... kira kalau datang pagi kul 8 tu memang cepat lah masuk bilik doktor.


kos rawatan dan consultation kat pmc.

Jangan terkejut pulak ye, sebab sal di awal kehamilan dapat semput so ada rawatan untuk amik gas dan beli gas untuk kurangkan athma waktu malam. harga nebulizer makan ratus jugak lah. Tapi kalau kita tak de masalah kesihatan, kos perubatan untuk check up bulanan dalam RM60-RM90 je. 



Ni la dia Dato Dr Zarul (Uncle famous blogger Maria Elena Zarul..i tot father maria sbb nama dia zarul kan..hehee) dan yang pakai tudung biru tu lah my gynae Dr Wan Ratna ;)




 _____________________________________________________________


sebelum kena refer kat PMC, sal tau je pregnant masa 6 minggu tu terus buat check up kat klinik bahiah saujana utama ni dulu. sebab 5 minit je dengan rumah. tapi after blood test, doctor tengok result my hyperthyroid nampak tak normal so dia suruh refer specialist. sebab sebarang chronic nature time pregnant perlu di rujuk pada pakar.

so dari sini lah yang start nye pergi buat check up dengan putra medical centre pulak. sbb PMC pun ada specialist untuk thyroid.. kalau ikutkan kebiasaan memang perlu ke HUKM tapi memandangkan nak ke sana tu satu hal, so terus book appointment kat PMC je lah..lagi pun penyakit berkaitan hormon dan darah ni tak boleh di pandang sambil lewa. perlu treatment segera.