Antara words biasa yang keluar dari mulut kawan-kawan bila I
sharing about business “tak pe lah biar lah aku kerja macam ni je janji aku selesa dan tak pening-pening kepala sangat”
SELESA???
Don’t be selfish!
Selesa ke keluar pagi balik petang. Ada tu tengah malam baru sampai umah. Buat welfare kat ofis.
Mak ayah, adik bradik dan sedara mara yang lain selesa ke.
Diri u sendiri selesa ke kalau kena berjimat cermat catu sana catu sini seumur
hidup sampai ke hari tua.
As for me…tak pe lah kalau u rasa u dah selesa but do not lie to
urself yang u tak kan memberontak kalau keinginan u tak dapat dipenuhi…siapa
yang tak de keinginan untuk lebih selesa dengan ada rumah besar dan kelengkapan rumah yang
cantik, kereta import, pendidikan terbaik untuk anak-anak, shopping tanpa hanye
ber “window” shopping sahaja, pakai baju cantik-cantik, bercuti serata Malaysia
dan ke luar Negara tanpa berhutang, beli insurans untuk ibu ayah dan anak-anak,
bawa mak ayah gi mekah dan paling utama SAVING.
Tak ramai antara kita yang mampu untuk buat simpanan besar
setiap bulan. Sebab kalau diikutkan dengan gaji kerja hakiki kita, duit gaji tu
actually just duit harian kita je. Tak caya cuba divide gaji yang korang ada
tiap-tiap bulan tu dengan 30 hari.
Contoh lah :
RM3,000 / 30 Hari = RM100.00
RM100 ni la yang kita akan tolak duit minyak, makan, toll,
parking. Tu basic expenses je. Belum masuk hal-hal kecemasan lagi. Tayar pecah
ke, kete meragam, anak sakit, cikgu skolah nak suh beli itu ini.
Majority kita yang
bekerja hari ni memang taraf pendapatan kebanyakkan nye di kategorikan sebagai
miskin Bandar. Dalam Miskin Bandar pun majority lagak gaya
nye kalau bergaya, bergadget, cuti-cuti Malaysia
dah lebih gaya
seorang hartawan. Masing-masing nak bersaing dalam menonjolkan kehebatan
masing-masing dalam kehidupan. Tapi hakikat nye dengan gaji miskin Bandar yang
kita ada terpaksalah kebanyakkan dari kita menanggung bebanan hutang kad kredit
dan personal loan dari bank yang tinggi sampai menjerut leher sendiri.
Ramai sedar hakikat ni, tapi tak ramai yang tergerak hati
untuk bertindak. Budak kecik dalam diri sentiasa mempengaruhi diri sendiri
untuk tak melakukan sebarang perubahan ke arah kebaikan. Kita sentiasa dibayangi rasa
takut, malas dan egois. Tapi bila tengok orang lain lebih success diri sendiri
jugak yang rasa sakit hati, bernanah dan ada tu siap jadi barah akibat terlalu cemburu dengan hasil kejayaan orang lain.
Uols just imagine ye, macam mana kalau ur
basic salary skarang ni RM3,000 then plus with additional income from ur part time business
RM5,000. Total of ur
income per month will be RM8,000!!! (ni just contoh…kalau nak lebih, buat lah
lebih lagi….kannnnn…. ) With this amount for sure everymonth punye saving dah tak
jadi masalah. Nak bagi mak ayah duit bulanan pun tersenyum je kan . Alang-alang selesa biar lah selesa sepenuh
nye, selesa sepanjang hayat dan biarlah selesa kan orang lain jugak.
Elakkan jadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tuhan anugerahkan kita dengan tulang empat kerat untuk berusaha memajukan ekonomi diri, keluarga dan masyarakat. Tapi ramai pulak antara kita yang tak nak guna kelebihan yang Allah anugerah kan ni dengan mengkritik orang lain yang nak berusaha untuk tingkatkan nilai ekonomi mereka.
Kalau u tak nak ubah hidup sendiri, tolonglah jangan pengaruhi orang lain untuk tak nak ubah hidup mereka juga.
No comments:
Post a Comment