astaghfirullahalazim
astaghfirullahalazim
astaghfirullahalazim
Nauzubillah..."They insult our prophet with the things that they say but we insult our Prophet by not following his way"
Berikutan dari filem penghinaan Nabi Muhammad SAW membuatkan ramai umat islam rasa marah, geram, dendam dan macam-macam lagi. Tapi....sedarkah kita bahawa tanpa sedar kita pun mungkin sama seperti mereka...nauzubillah...
setuju dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus :
Filem Innocence of Muslim tu memang la
menghina Islam tapi dia ada bagi kita satu motif dan sebab.antara sebabnya
diorang nak tahu berapa ramai umat Islam yang HIPOKRIT! Kamu semua marah dan menyumpah seranah pengarah yang mengarahkan filem itu kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad Saw, tapi tidakkah kamu semua sedar yang kamu sendiri menghina Islam, Muhammad Saw dan seluruh hadis hadis Muhammad Saw? Nabi menyuruh kita sembahyang 5 waktu sehari semalam, "solat itu tiang agama dan bagi sesiapa yang tidak menunaikan maka dia meruntuhkan agama mereka". Tapi adakah KAMU SEMUA MENUNAIKANNYA? Tidak menunaikan solat 5 waktu samalah seperti menghina Nabi Muhammad dan hadis hadis mereka, kerana hadis Nabi untuk diikuti, bukan setakat dengar sahaja. Rasulullah Saw itu nakhoda kapal islam kita, kita sebagai anak kapal hendaklah mematuhi arahan nakhoda kita kalau tidak mahu kapal agama kita tenggelam. Tidak dengar arahan Nabi umpama menghina Nabi sendiri. Kita menyumpah saranah pengarah filem tersebut tetapi apabila kita menyumpah mereka, mereka mengertawakan kita kerana kita HIPOKRIT! Dari mengutuk atau mengecam pengarah filem tersebut, lebih baik kita berdoa agar pengarah tersebut diberikan hidayah oleh Allah Swt. Kita mengutuk mereka, kita dapat dosa. Nabi tidak ajar kita mengutuk orang kafir, sebab itu zaman Rasulullah Saw mereka tertarik dengan Islam kerana Islam itu lembut tapi tidak bermakna Islam itu lemah.
Share for care Islam. This is something worth to broadcast :)
jom like page Ustaz Azhar Idrus Original
No comments:
Post a Comment