Thanks For Your Support

Friday, July 13, 2012

Jalan-jalan cari makan : our family gathering @ red wok restaurant, bangi

Evey year adalah dua ke tiga kali keluarga besar kami akan berkumpul ramai-ramai dan order makan kat luar...tapi macam biasa la setiap kali order makan kat luar mesti tok ayah damia n danisha yang akan belanje...hehee...boleh gitu eik...nape lak tak boleh kan...dah tok ayah nak belanja so rezekiii...jangan sesekali tolak...huhuu ;)

kali ni dapat mesej dari along yang ayah ajak makan malam kat bangi. Tempat pilihan kali ni kat Red Wok Restaurant, Bangi.


Gathering pulak hari jumaat so after work tu balik umah siap kan damia n danisha then after maghrib terus gerak ke bangi. Tapi sempat lagi tu singgah Dataran Merdeka bawa damia n danisha tengok lampu-lampu kat KL di waktu malam ni. 



Damia kalau kasi posing mmg dia suka tapi kalau danisha korang tengok lah sendiri expresi muka dia..huhuuu... ;)


Enjoy korang ye bila dapat jejak tanah jap kat Dataran Merdeka ni.



Tonite anak beranak sepakat nak pakai baju belang...huhuu...


But for those yang agak berisi elakkan ye untuk pakai baju belang melintang macam ni...sebab bila pakai corak melintang ni memang akan nampak kan diri kita lagi lebar...so kalau nak jugak yang jalur2 pakai yang jalur menegak ye.


Danisha duduk dengan penuh kesopanan...huhuuu(sopan la jugak kan) ;)


damia with her anjang simaa.



Bawa damia n danisha ni memang akan memurahkan rezeki orang lain aka peniaga-peniaga sekitar kuala lumpur sebab korang tgk lah, pantang ada yang menjual confirm kitorg terpaksa la beli. Tak bagi kang tak sampai hati pulak tengok diorg buat muka seposen..huahuaaa.. ;')


With my sweet darling ;)



Tadi beli bola lampu-lampu...Then datang pulak sorang kakak tu gi tunjuk pulak lampu-lampu berbintang ala-ala sailormoon ni...adussss..tak pasal-pasal la kena la beli jugak. 

Sampai dah kat red wok restaurant yang terletak kat 
Taman Kajang Impian, Next to Section 7, Bandar Baru Bangi.



kerabu sotong dia memang superbbb..!!!!!


 semua pun nak order sampai tak muat meja.


Tu dia nini makan sampai licin..bagus nini..rezeki jangan di tolak kan..so apa yang ada depan mata kita kasi clear okies ;) 


celebrate besday ayah, idan n sufi skali...dan macam biasa la, setiap kali orang lain punye besday confirm kek besday tu akan jadi kek damia.






Tomyam, Butter Prawn, Ikan Tiga Rasa, Ikan masak stim, Kerabu Mangga, Telur Dadar, Kangkung Belacan semua ada...makan besar betul kitorg malam ni. sampai kan nak jalan pun amik masa untuk sampai kat kereta..hahaa..punye la giler makan kitorg ni kannn... ;D




Nama pun business internet kan so sepanjang masa walau di mana berada pun sentiasa boleh reply pertanyaan client dan business partner yang lain.


heheee...With my love yang tiada galang ganti nye...


With diana my lil sis in-law...pengantin baru yang masih berseri-seri gitew ;)

Terus membesar bagaikan johan lepas makan tak hingat dunia...huhuuu ;D 


Lelaki dalam keluarga Encik Roslan ;)

So buat uols yang memang suka jalan-jalan cari makan boleh la try makan kat red wok restaurant ni. tapi sebelum datang pastikan anda baru lepas terima gaji ye..kalau tak terliur la tengok foods dia yang sedap-sedap disamping harga yang agak erkkkk...boleh la tahan...hehee..try dulu..steamboat ada, korean style sizzling steamboat buffet, for those looking for halal chinese food pun boleh try makan sini ye...saya paling suka tomyam dan butter prawn dia...memang marvellous ;)

Contact

Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: +603-8927-4100
Fax: +603-8927-4500
HP: +6019-339-4655 - Awang Hasyim
Email: redwok2u@gmail.com

Opening Hours

Monday to Thursdays
Lunch : 12pm to 3pm
Mondays to Fridays
Dinner : 6pm to 12am
Saturday & Sunday
"Almost" all day dining : 12pm to 12am
closed for lunch on Fridays



No comments:

Post a Comment