Thanks For Your Support

Saturday, March 17, 2012

kita adalah apa yang kita fikirkan!!!


Alhamdulillah masih dikurniakan kekuatan fizikal, intelek, rohani dan emosi untuk kekal di tahap sekarang. walau belum sepenuh nye mencapai kejayaan yang diimpikan tapi sikit sebanyak, banyak jugak improvement yang sy perolehi sejak menjejakkan kaki ke bidang perniagaan yang melibatkan manusia ni. pelbagai halangan, cabaran, dugaan, ujian yang dah ditempuhi. hanya Allah yang tahu pahit manis untuk seseorang tu mencapai kejayaan. tapi saya sentiasa set dalam minda yg setiap ujian yang datang tu adalah satu nikmat buat diri sendiri. bayangkan, macam mana Rasulullah kita di uji untuk mencapai kejayaan? siap di baling dengan najis, di ugut bunuh dan macam-macam lagi. sedangkan kita baru di uji dengan ujian yang tak seberapa boleh pulak cepat mengalah. ada tu pulak belum di uji lagi tapiii dia dah menggagalkan diri sendiri. so macam mana nak berjaya kalau minda asik focus pada kegagalan?


setiap apa yang dilakukan perlu bermula dari hati..!!!
setting niat tu kena betul. especially dalam dunia perniagaan. pada siapa yang focus untuk kaya wang ringgit semata-mata percayalah! sampai bila pun kita takkan kaya. sebab asas utama berniaga adalah perlu memberi nilai hidup pada orang lain dan bukan hanya pada diri sendiri sahaja.

rahsia utama untuk berjaya adalah the power of gratitude.
perlu ada rasa bersyukur dan dalam masa yang sama kena minta lebih lagi. with the right attitude, we'll reach the highest altitude with the deepest gratitude.

cuba check diri masing2 ada tak semua sifat fizikal yang Allah bagi. kalau ada, apa kata guna sebaik mungkin kelebihan dan kesempurnaan fizikal kita untuk menambah nilai hidup sendiri dan  orang lain. rezeki hanya akan datang kalau kita berusaha dan dalam masa yang sama tak lupa pada NYA. rezeki Allah tak semudah nye turun kalau kita duduk tegolek-golek depan tv dengan anak, laki atau bini.

apa je yang fikiran kita mampu bayangkan, dengan izin tuhan kita pasti mampu capai..!! nabi Muhammad S.A.W berpesan "setiap amalan itu bergantung pada niat" niat tu dalam hati dan dilahirkan melalui tindakan. apa yang kita niat, tu lah yang kita akan dapat. kalau niat untuk berjaya maka akan berjaya la hasil nye. dan kalau dah setting niat dgn ketakutan, kegagalan, kemaluan dan tak berkeyakinan maka hasil nye adalah "GAGAL"!!!

ingat!!! 
kita adalah apa yang kita fikirkan. kalau fikir boleh, confirmmm!!! boleh la jawab nye. hidup kita biar kita yang tentukan. jangan terlalu bergantung pada pendapat mereka di luar sana yang takutkan kegagalan. sebab takde kejayaan tanpa lalui kegagalan terlebih dahulu.  







No comments:

Post a Comment