Thanks For Your Support

Wednesday, February 8, 2012

salam maulidur rasul

Salam maulidur Rasul.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Rasul adalah pemimpin umat islam yang tiada tolok bandingnya. Marilah kita berpegang pada sunnah dan ajarannya.

Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W buat ke sekian kalinya. Namun, cukupkah dengan perarakan, berzanji, bertahlil, ceramah dan sebagainya dapat menyatakan kasih sayang kita pada nabi junjungan besar kita? Tentu tak kan???

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala pada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat je nak adakan Maulud Nabi, dah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Kita adalah Umat yang terbaik! Jadi, perlu ambil sikit masa untuk merenungi sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada tiap tahun. Pohonlah selalu agar diberi hidayah selain mencari hidayah melalui majlis ilmu dan membaca bahan agama. Jangan hanya membutakan mata pada hakikat kehidupan kita yang semakin mendesak pada kecintaan dan kehidupan duniawi.




Alhamdulillah..tahun ke tahun berniat nak bawa damia n danisha ke sambutan maulidur rasul. tapi tahun ni Allah bagi kesempatan waktu untuk sama-sama menghayati majlis sambutan rasul S.A.W

Macam biasa la diorg ni. asal dapat pergi tempat baru happy je. siap kepak-kepak tangan lagi.

hahaa..nak terbalik anjang cma kena tolak dengan dua budak bam bam ni.



reply inbox n message biz partner and customers.

huhuuu..kalau korang tengok gambar-gambar  kat entry ni semua nye pose tangan saya macam ni je. almaklum la kena sesuaikan gaya dengan majlis ;)

siap anak-anak pun terikut buat tangan ala-ala nasyid sama.

susah jugak nak maintain kan danisha supaya tak bergerak.

tapi kalau damia sangat senang. dia memang suka bergambar.

hihii..hensem tak husband saya??? image baru dengan kepala yang lebih bersinar-sinar ;D

Damia punye diolog time ni ~ "mama ni tgh cinta dengan ayah ye???" hahahaaa..apa punye soalan daaaa...

danisha and anjang cma.

santai la konon ;)

dengan pelancong dari jepun. sorang dari tokyo sorang dari hokaido. trademark japanese kalau bergambar mesti buat simbol peace..so, we followww ;)

tengah panas terik okay time ni...huhuuu..merekah lemak-lemak badan kitorg.

kahkahka..ntah kenapa la damia n danisha ni posing sambil berdoa. baca doa nak masuk masjid agak nye. yang adik dok amin kan je.


aktiviti kesukaan damia n danisha...main air kasi banjir satu putrajaya.

jangan marah...i berangan nak jadi permaisuri agung jap. ;p


after ke putrajaya pecut ke ampang untuk majlis kenduri akikah cikgu sekolah men keb cheras dulu merangkap kawan lama ibu.

ibu ngan cikgu norma ramli.

thanks tuan rumah. sangat sedap lauk pauk yang dihidangkan.

malam pulak ke sentul. attend another majlis doa selamat sempena sambutan maulidur rasul.





No comments:

Post a Comment