1. SIKAP
satu-satu nye faktor penentu kejayaan adalah bermula dengan SIKAP.
Einstein ada mengatakan yang 99% penentu kejayaan atau kegagalan seseorang adalah berpunca dari sikap diri sendiri. nak berjaya mesti kena ada sikap yang positif dalam apa juga yang kita lakukan. Jika nakkan kejayaan, tak kira la nak berjaya lelapkan mata, bekerja or apa juga la yang korang nak buat, mestilah diri sendiri kena tanamkan sikap positif. kita perlu faham yang kita adalah apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita buat. kalau asik fikir something yang negetive je of course la kesudahan hasil nye pun akan ke arah negetive aje.
saya tak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ni boleh capai tahap yang mereka ada sekarang ni tanpa ada sikap baik dan positif. sebenar nye sangat mudah untuk berfikiran negetif, dan sangat sukar untuk berfikiran positif. dan untuk pengetahuan korang la ye nak berfikiran positif ni perlukan sedikit usaha. kalau kita positif, semua perkara yang kita buat mesti akan jadi lebih mudah. kalau ada perkara yang kita tak suka lakukan, jangan biarkan sampai saat akhir tapi lakukan perkara yang kita tak suka tu dulu then fikirkan " saya nak siapkan kerja ni sampai siap kemudian baru buat kerja yang saya suka "
cuba la teknik ni dan pasti u ols akan rasa perbezaannya.
2. Ambil tindakan
ramai orang mempunyai idea bisnez yang baik, creative dan inovatif. sentiasa bercerita tentang idea mereka pada kawan-kawan lain sehingga ada yang positif dan menyokong. jika kita ada idea yang best tak jadi masalah, tapi perlu ada TINDAKAN. Then bila dah mula lakukan something tu perlu la ambil langkah seterusnye sampai kejayaan dapat di capai.
Jika u ols ada peluang atau idea pada masa ni, maybe sesuatu yang dah lama u ols fikirkan, just stop talking about that and think about that. tapi BUAT SAJA. Jika kita tak de tindakan maka kita dah menafikan hak kita untuk mencapai kejayaan. kejayaan tak kan kite perolehi tanpa ada sebarang tindakan.
3. Tukar bagaimana kita diprogramkan
ni biasa...sejak dari sekolah lagi kita selalu terima pesanan khas dari mereka yang lebih berusia dari kita untuk " belajar pandai-pandai dan dapatkan kerja yang terbaekkk" minda kita ni dari kecik dah diprogramkan untuk study masuk university nanti keluar keje boleh jadi pegawai itu pegawai ini. jangan salah anggap ye, tak semua orang boleh jadi jutawan dengan makan gaji. 80% jutawan hari ni capai impian diorg dengan perniagaan dan bukan nye melalui pekerjaan makan gaji. kita semua sedia maklum yang if nak kan kebebasan kewangan kita perlu berniaga sebab 9/10 rezeki adalah melalui perniagaan. 1/10 rezeki dari kerja makan gaji.
Risiko??? dah tentu la sendiri kena tanggung dan actually kita boleh kurangkan risiko dengan mulakan secara sambilan tapi jangan la pulak secara sambil lewa walau buat sambil-sambilan pun.
4. Tulis apa yang kita fikirkan
tak kisah la berapa bagus pun memori kita, tapi y we just leave it? tuliskan perkara yang kita fikirkan dan pasti nye ia akan membantu dalam melegakan otak kita yang sarat dengan maklumat. sebab bila kita menulis kita tak perlu takut kalau-kalau terlupa pada masa diperlukan. so kalau ade idea TULIS. kalau ada masalah TULIS. bila kita ada masalah pasti kita boleh fikir dengan lebih jelas dan satu masa nanti hal tersebut dapat kita selesaikan. Teknik ni nampak mudah kan? tapi kalau kita tak mulakan pasti perbezaan nye dapat kita lihat kelak.
5. Tetapkan matlamat dan impian
hidup kalau tak de sasaran for sure kita tak kan dapat apa-apa. kita mesti ada matlamat dan perlu tahu ke mana destinasi kita, kena ada usaha untuk capai nye dan sentiasa ingat akan impian kita. saya selalu je jumpa ramai orang yang mungkin tak brape nak faham tentang konsep ni sebab ada yang cakap " impian aku nak jadi jutawan dalam masa 5 tahun " tapi bila tanye macam mana nak capai impian tu semua just diam je. kita perlu ada matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, then perlu ada usaha to achieve our dreams. then matlamat jangka pendek yang lebih mudah nak capai contoh nye matlamat setahun, sebulan dan seminggu.
jadi fikir dan renungkan la. jangan pulak duduk termenung ye. hidup ni sentiasa ada pilihan. jadi buatlah pilihan yang bijak. nilai setiap pilihan yang ada dengan hati dan minda yang positif kerana apa yang kita fikir, cakap, rasa dan buat mencerminkan sikap kita yang sebenarnye.
No comments:
Post a Comment