a gift from my boss sempena nak sambut bulan ramadhan thanks en hamid ;)
okay just nak share sket tentang ramadhan ni with u ols my beautiful readers.
Imam Ahmad dan al‐Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih
daripada Abu Hurairah r.a. beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi.”
Ibn Rejab telah berkata : Hadis ini pada asalnya ialah sebagai tahniah kepada manusia
dengan kedatangan Ramadhan. Bagaimana orang beriman tidak mendapat berita gembira dengan terbuka pintu syurga? Dan bagaimana orang berdosa tidak mendapat berita gembira dengan tertutup pintu neraka? Bagaimana pula orang yang berakal tidak mendapat berita gembira dengan terbelenggunya segala syaitan?
Beginilah cara Rasulullah s.a.w. menyampaikan berita gembira kepada sahabatnya. Sesungguhnya ia adalah kekasih yang ditunggu‐tunggu dan Rasulullah s.a.w. telah menyambut kedatangannya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud :
“Telah datang kepada kamu Ramadhan yang menjadi penghulu segala bulan. Selamat datang diucapkan.”
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Allah SWT telah menganugerahkan bulan Ramadhan dengan pelbagai kelebihan untuk umat Islam berpuasa dan mengerjakan amal ibadat agar mereka dapat keredhaan daripada‐Nya. Umat Islam perlu mengambil kesempatan untuk menggandakan amal ibadat kerana peluang yang diberikan sangat terhad. Ada kemungkinan, peluang telah ditutup (dengan kematian) sebelum tiba Ramadhan tahun hadapan.
1. Bulan diturunkan Al‐Quran Maksud firman Allah: “Bulan Ramadhan padanya diturunkan al‐Quran yang mempunyai keterangan keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia”
2. Bulan penuh berkat Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunan‐Nya dan akhirnya merdeka daripada api neraka. “Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu‐pintu syurga, dihapuslah pintupintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.” “Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.”
3. Bulan Penghapusan dosa “Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.”
4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al‐Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.”
jadi jom semua manfaatkan keberkatan bulan ramadhan ni...selamat beramal. luv ya..!!! |
No comments:
Post a Comment