PART 1
Tercari-cari kat mana nak buat rawatan gigi di area lembah Klang ni, terutama yang berhampiran dengan Sungai Buloh?
Mungkin Fakulti Pergigian UiTM Sungai Buloh ni, boleh dijadikan tempat pilihan untuk rawatan gigi anda mahupun keluarga.
Ni permulaan kami melangkah ke Fakulti Pergigian Uitm Sungai Buloh.
Masuk-masuk terus nampak kaunter dia.
Kat sini la registration, dan tempat buat bayaran.
Belah kanan ada Richiamo
Sampai-sampai je, ambik nombor dulu.
Yang baru pertama kali, tekan butang pendaftaran. Yang datang buat kali kedua dan seterusnya, tekan butang temujanji.
Ni time cuti sekolah.
Nak kata ramai, macam ni la keadaan dia bila cuti sekolah.
Bila dah register, kaunter akan arahkan kita ke Sapphire Suite. Kat level yang sama dengan kaunter pendaftaran tadi.
Nanti akan dapat kad lepas dah siap daftar. Daftar RM10 sahaja. Sekali bayar.
Masa kat ruang menunggu Sapphire ni, kad yang di beri tu, pegang je. Tak perlu bagi kat ruang menunggu ni.
Nanti diorang akan panggil nama kita, sebab bila daftar kat kaunter tadi, nama terus ada dah dalam sistem.
Menunggu pun tak lama. Laju aje turn sampai.
Kat bilik ni nanti, doktor akan review gigi kita. Biasanya doktor akan tanya nak buat rawatan apa.
Macam kami, fokus nak buat rawatan braces untuk Damia.
Lepas doktor check, memang Damia perlukan rawatan braces. Sebab gigi dia rapat-rapat sampa rahang kedudukan muka pun nampak berbeza.
Kira layak la untuk proceed ke next appointment.
Cuma, lepas review pertama kali tu, doktor akan letak nama kita dalam waiting list dulu. Tempoh menunggu untuk dipanggil adalah antara 6 bulan hingga ke 2 tahun. Huhuu. Tapi tak yah la risau, tak lebih 6 bulan pun biasanya nama akan dipanggil.
Hanya yang boleh bersabar je yang sesuai untuk dapatkan rawatan kat Uitm ni Jika jenis gigi yang perlukan rawatan segera, sebaiknya buat je di Klinik Pergigian luar yang lain.
Jadi, kesimpulan nya, untuk sesiapa yang nak buat rawatan gigi kat UiTM Sungai Buloh ni,
1. Boleh terus walk in
2. Daftar untuk bayaran hanya RM10
3. Kena sedia menunggu turn untuk dipanggil ke next appointment. Kiranya, kalau uol urgent sangat, sebaiknya kena cari Dental Clinic yang lain.
Kat UiTM ni kos rawatan lebih ekonomi. Sesuai untuk sesiapa yang nak gunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan untuk orang ramai.
Untuk kos braces ni, permulaan ni tak pasti lagi berapa. Sebab ni baru review pertama untuk tentukan layak atau tak kes gigi tu untuk di rujuk ke pakar seterusnya.
Tunggu Part 2 ye ;)
** Gambar problem